Selasa, 23 Jun 2009

selamat tinggal ukm untuk sementara..

salam
hari nie sudah berakhir short sem ku di ukm nie..pagi nie aku akn berangkat menuju ke kg halaman yang dicintai lagi dirindui. banyak yang aku dapat belajar di ukm nie khususnya waktu short sem nie. walaupun sem nie agak singkat tetapi aku merasakan sem ni lah yang paling baik kerana banyak yang aku buat.




antaranya bekerja di Q Maz Food. banyak pahit manis sewaktu bekerja di sana. ramai kenalan dan ukhwah dibina sepanjang di sana.. terutamanya k.nor, k.Ros, azwa, k. fiza dan ramai lagi. hari yang dilalui terisi dengan baik. aku dapat belajar buat roti dengan baik. banyak roti yang aku serta shbtku buat .antaranya sugar raisin, mexican bun, roti sosej, roti berintikan kacang merah, kaya, kelapa, ikan bilis, alzebra, roti pandan, potato, roti krim, roti cheese, roti castard. banyak roti yang kene disiapkan dalam sehari. Kadang-kadang terasa masa berlalu begitu cepat kerana kita asyik buat roti, tetapi sememangnya ia sesuatu yang menyeronokkan.


aku bekerja pada hari isnin hingga jumaat kecuali hari rabu dengan khamis sebab waktu tu je ada kelas english foundation. tapi, kelas berlangsung sampai tengahari dan pada waktu petang tu aku sambung bekerja. mungkin disebabkan itu masaku begitu panjang kerana aku dapat menggunakan untuk bekerja part time. pada hari sabtu dan ahad pula, aku belajar memandu kereta dan motor. teringat semamsa nak ambil ujian berkomputer mukaku pucat seperti nak ambil ujian jpj. takut sebenarnya tetapi Alhamdulillah lulus ujian tue w/pun preparation teramatlah sedikit.

sekarang masih lagi otw untuk menghabiskan latihan memandu kereta.sesuatu yang menyeronokkan apabila pertama kali membawa kereta di jalan raya. pada permulaannya aku agak terkejut kerana disuruh jadi driver. sememangnya aku tidak pernah memgang stereng kereta apatah lagi membawanya. namun disebabkan semangat nak belajar lebih tinggi daripada ketakutan, aku dapat membawanya w/pun banyak kali enjin mati sebab tak pandai bermain dengan clutch. he..

hari kedua belajar ada sedikit peningkatan dirasakan. sebab kaki boleh mengawal clutch dan enjin sekali dua je mati.., belajar parking dengan baik. kedudukan tangan dan badan macamne, kedudukan kaki, macamne nak kawal clutch dengan baik. Alhamdulillah semuanya menjadi mudah dengan adanya pertolongan Allah dan kesungguhan diri kita. oklah daku pun ingin berangkat pergi. semoga Allah perbetulkan segala niat kita. perbaharuilah niat kita untuk mencapai redhaNya.




Biar apa pun yang kita lakukan, ingatlah Allah s.w.t banyak membantu kita. gagal sekalipun tak bermakna Allah tidak membantu kita tetapi Allah tidak memberi apa yang kita mahu tetapi memberi apa yang kita perlu. Allah sahaja yang tahu apa yang bakal menimpa kepada kita. Mungkin Allah ingin meletakkan kesabaran dalam hati kita akibat kegagalan dan mungkin Allah ingin supaya kita terus mengharap dan berdoa kerana Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan pengaduan hamba-hambanya.



Tiada ulasan:

Assalamualaikum

Nama

E-mel *

Mesej *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...