Khamis, 19 Mei 2011

'Daerah'

Sudah lama tidak mengupdate tulisan. Terasa terpanggil untuk membicarakan hal ini.memanggil semua yang membaca pergi ke suatu daerah.Mari kita berjalan bersama, mengorak langkah sambil memimpin tangan (sesame muhrim). Letakkan di tepi segala permasalahan hidup yang menyinggah..letakkan di tepi kerja-kerja yang tak pernah surutnya…letakkan di tepi segala yang menggelisahkan jiwa dan prasaan..kita nak pergi ke suatu tempat yang sunyi dan sepi. Tidak ada apa-apa melainkan kita yang perlu menghiasinya, menanamnya dengan biji-bji benih bunga matahari, membina mahligai indah yang beratapkan daun nipah. Menyiram biji benih itu sehingga tumbuh pokok-pokok yang segar dan cantik. Apakah daerah yang diperkatakan itu??

Itulah ianya daerah ‘hati’. Ketika ini, duduk sejenak memegang hati kita. Rasakan degupan jantung yang terus berdegup kencang…tidak pernah berhenti sehingga umur kita meningkat ke angka…….sekalipun. Jika tidak berdegup tiadalah kita di sini..membaca tulisan ini..kita akan ada di alam yang kedua pula. Itu pasti. ~ Alhamdulillah masih terasa nikmat yang Allah berikan.~nikmat MENGHIRUP udaranya….udara yang DIHIRUP juga adalah nikmat kerana ianya suci dan menyihatkan diri.

Selepas usai merasai getaran dalam hati..tanyakan pada diri apa yang sudah dilakukan untuk ‘daerah’ ini? sudahkah aku menghiasinya menjadi nan indah dan mendamaikan? Atau kita menghiasinya dengan alunan muzik rock yang membingitkan..tanyakan pada hati kerana tidak ada orang luar atau orang lain yang boleh mengawalnya. Diri kita sendiri juga yang sampai dulu ke ‘situ’ sebab kunci azimat untuk ke ‘situ’ ada tergengam erat di tangan kita. Perlu membuka kunci itu dan hiasilah dengan perkara yang mendamaikan untuk jangka masa yang panjang.

Daerah ini…yang ramai akan menyinggah…kita boleh memilih sesiapa yang akan menyinggah hati kita…

Allah swt Maha pengasih Maha penyayang.
Tiada kasih standing kasihNya. Tiada sayang setanding sayangNya. Dialah Allah swt yang penyayang di antara yang penyayang.

Dia (Yusuf) berkata, “Pada hari ini tidak ada cercaan terhadap kamu. Dan Dia Maha Penyayang di antara para penyayang. (12:92).

Cantik bukan ayatNya? Salahlah jika kita berkasih sayang tetapi tidak disandarkan sayangNya kerana Allah swt yang Maha Menguasai ke atas hamba-hambaNya. Pengharapan perlu diletakkan kepadaNya agar hati kita dihiasi dengan kelembutan dan kasih sayang juga.

Diribaan-Mu kebahagiaan
Tiada lagi rasa kesangsian di hati
Cinta Mu cinta tulus suci murni
Kasih-Mu nan abadi (salah satu rangkap lirik inteam-sutera kasih)

Apabila cinta kepada Allah kita gapai untuk singgah kekal dihati…cerahlah ‘daerah ‘ kita itu dengan cinta-cinta yang lain…..

Ketika Nabi saw memasuki Madinah, ketika semua manusia memegang kendali unta beliau, kata-kata pertama yang keluar dari mulut beliau yang mulia adalah:

“Wahai manusia, cintailah Allah dengan sepenuh hati kalian.” Ertinya jangan kita membiarkan sepetak hati kita, walau sebesar atom, kecuali dipenuhi dengan cinta pada Allah swt.



Di kesempatan ini ucapan penghargaan ma dan abah terutamanya, mendidik dan telah banyak berkorban harta dan jiwa demi anakmu ini. Semoga Allah swt menempatkan ma dan abah di tempat yang indah di akhirat nanti. Amin. Buat sahabat, teman dan rakan-rakan kerana menyinggah ke ‘daerah’ ana. Ahli-ahli MT yang silih berganti. Buat sahabat-sahabat setarbiah denganku. Membesar bersama-sama. Murobiahku, pendidikku. Adik-adik yang juga diingati di sabah, Terengganu, Melaka, perak, semuanyalah. Tidak terucap di sini. Mungkin satu hari nanti akan ana ukirkan satu persatu yang menyinggah di hati sementara masih di dunia. Bersyukur kepada Allah atas kurniaan teman2 seperti antuna. ‘kebahagiaan’ terpatri bersama antuna. Semoga dapat menghadirkan sentiasa CINTA ALLAH itu.

~Bacalah buku ditulis Amru Khalid- Hati sebening mata air-insyaAllah banyak manfaat dan ilmu di situ~

Tiada ulasan:

Assalamualaikum

Nama

E-mel *

Mesej *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...