Sabtu, 14 Mei 2011

Indah

Subhanallah..Indahnya..

Bismillah
Kesempatan di pagi yang ceria, dapat beriadah, berjoging bersama 3 orang hosuemate yang disayangi. Memenuhi hak kepada diri sendiri tentang perlunya kekuatan fizikal dalam mengharungi kehidupan. Tanpa kekuatan fizikal, badan akan mula lemah, angin karbondioksida bertambah dalam badan. ~Alhamdulillah. Jom lepas nie boleh jadikan rutin kerana keperluan untuk diri kita juga.~ (jika tak dapat buat bersama-sama…keseorangan pun boleh…) Lama sudah tidak menulis, maaf kepada diri (astaghfirullah)..kepada yang membacanya, afwan…semoga kita sama-sama masih tetap terus menerus melakukan amalan dengan keikhlasan kepada Allah swt kerana Allah swt, untuk Allah swt. Kebaikan untuk diri kita juga akhirnya. Hadiah dari Allah swt. Ingin mencoret tulisan berkaitan indah. Sangat Indah. Indahnya. Sahabat2, adik2 yang indah.

Indahnya ikan di tasik cempaka,
Sisiknya berkilau pelbagai warna,
Indahnya jika terus memujiNya,
Kerana ia ciptaan yang Esa. (SubhanAllah)

Indah bumi ciptaan Yang Esa
Indah hati kerana imannya
Indah manusia dengan bahasanya
Indah mata melihat kebesaranNya
Indah matahari sinaran cahayanya
Indah pagi dengan panggilan kebesaranNya
Indah pelangi dengan warnanya
Indah rumah dengan perhiasannya
Indah tangan dengan pemberiannya
Indah wajah kerana senyumannya
Indah. Indah. Indah…..

Semuanya indah…
Daripada hati…mata..tangan…wajah….siapa yang tidak sukakan indah. Indahnya jika peroleh indah.
Semuanya indah…
Daripada bumi….pelangi….matahari….pagi…manusia….sungguh indah. Semuanya ciptaan dan nikmat Allah swt kepada kita.

Sesungguhnya Allah Ta'ala indah dan suka kepada keindahan. Allah suka melihat tanda-tanda kenikmatannya pada diri hambaNya, membenci kemelaratan dan yang berlagak melarat.
(HR. Muslim)

Keindahan itu disukai oleh semua manusia. Yang berbuat baik mahupun yang berbuat jahat. Dari yang kecil kepada yang tua. Sejauhmanakah keindahan yang kita huraikan untuk diri kita?? Jawab dalam diri. Ada yang berkata. “ Indahnya pelangi itu” terus memuji Allah dalam hatinya. Ada juga yang berkata “ wow, cantiknya perempuan itu” terus ingin manjadi cantik sepertinya. Ada yang bertemu keindahan, terus ingin memilikinya. ‘indahnya kereta mewah itu. Aku akan dapatkannya”. Jadi manakah yang sebaik-baiknya?? Ingin memiliki indah?? Ingin menjadi indah??ingin berjiwa indah?? Jawapannya ada di perenggan bawah ini.

Semestinya jiwa @ hati yang indah akan membentuk segala perlakuan nan indah juga. Jadi, jom sama-sama masuk ke dalam hati kita dan perindahkannya. Rasulullah saw pernah bersabda bermaksud:

Sesungguhnya dalam jasad itu ada segumpal daging. Apabila dia baik, maka baiklah seluruh jasad. Tetapi, apabila dia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa dia itu ialah hati. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Hiaskan dengan sesuatu yang indah juga. Ia adalah sesuatu yang paling mulia…alunannya indah…maksudnya mententeramkan..mendamaikan..lafaznya..memberi getaran. SubhanaAllah itulah ***Al Quran al Karim***

Dalam surah az Zumar ayat 23 yang bermaksud:

Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya) yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara) yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah pertunjuk Allah Allah memberi hidayah pertunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah pertunjuk kepadanya.

~Jom buka Al Quran dan membacanya…memahami kandunganNya..hadiah dari Allah swt…kepada hamba-hambaNya~

Tiada ulasan:

Assalamualaikum

Nama

E-mel *

Mesej *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...