Isnin, 23 Mei 2011

Jom Berpindah

persaudaraan tidak mengenal jenis dan warna kulit

Kesyukuran yang tidak terhingga kepada Ilahi, pujian selawat buat junjungan yang mulia lagi terpuji, kesejahteraan dan rahmat dipinta dari Rabbul Izzati dalam melangkah dunia ini, yang sememangnya penuh dengan onak dan duri. Buat ibu bapa, keluarga yang dicintai, buat sahabat dan teman seperjuangan...buat adik-adik yang disayangi...buat ukhti-ukhti yang dikasihi. Semoga duduknya kita di bumi ini dapat membantu diri dan orang lain dalam memperjuangkan Islam di seluruh tempat yang kita duduki.

Alhamdulillah..dapat ubah gaya blog ni (tempat curahan dan salah satu sumber penguat) walaupun tidaklah sehebat blog lain tetapi ada satu kepuasan dalam diri.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta dan jiwanya pada jalan Allah dan orang-orang yang memberikan tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang muhajirin), mereka itu satu sama lain lindung-melindungi. Dan (terhadap) orang-orang yang beriman, tetapi belum berhijrah, maka tidak ada kewajiban sedikitpun atasmu melindungi mereka, sebelum mereka berhijrah. (Akan tetapi) jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam (urusan pembelaan) agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan kecuali terhadap kaum yang telah ada perjanjian antara kamu dengan mereka. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah, dan orang-orang yang memberi tempat kediaman dan memberi pertolongan (kepada orang-orang muhajirin), mereka itulah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperoleh ampunan dan rezki (nikmat) yang mulia. Dan orang-orang yang beriman sesudah itu kemudian berhijrah serta berjihad bersamamu maka orang-orang itu termasuk golonganmu (juga). Orang-orang yang mempunyai hubungan kerabat itu sebagiannya lebih berhak terhadap sesamanya (daripada yang bukan kerabat) di dalam kitab Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”. (Al-Anfal: 72-75)

Hijrah satu perkara yang membawa kepada pelbagai definisi. Daripada sekecil-kecil definisi kepada sebesar-besarnya. Hijrah adalah satu perpindahan. "saya telah ber'hijrah'" bermaksud saya telah berpindah. Jika menyebut tentang hijrah tidak lain akan diperkatakan tentang penghijrahan orang-orang Muhajirin di Makkah ke Madinah bertemu dengan orang-orang Ansar. Sebelum berbicara tentang hijrah nie pun telebih dahulu disajikan dengan firman Allah -perenggan di atas-(8:72-75) yang mengatakan tentang 'hijrah' (Muhajirin & Ansar). Dalam tajuk juga...jom berpindah kepada baik dari hari sebelumnya. Belajar dari sahabat Rasulullah dan sirah.

Baca terjemahan itu penuh dengan isi dan ilmu yang Allah mahu sampaikan kepada hamba-hambaNya.Mahu tak kita tergolong dalam dua 'golongan' itu. Satu golongan (Muhajirin) dan satu golongan lagi (Ansar).. semua pasti mengatakan ya kan. Sebab ia Kedua kelompok manusia ini diabadikan oleh Allah dalam Al-Qur’an dengan penghargaan dan jaminan yang sangat tinggi iaitu Redha Allah dan syurga-Nya yang abadi. Hadiah yang amat bernilai dari Rabbi.

Allah berfirman:
“Orang-orang yang terdahulu lagi yang terawal (masuk Islam) dari golongan Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar”. (At-Taubah: 100).

Mengapa dikatakan dua golongan ini istimewa? Apa yang telah dilakukan sehingga mendapat setinggi penghargaan. Sudah tentu melalui akhlak yang mereka tunjukkan..pengorbanan..keikhlasan..golongan Muhajirin adalah orang-orang yang dengan suka rela meninggalkan semua yang mereka miliki beserta tanah air tempat tinggal mereka demi menyambut seruan Allah dan Rasul-Nya. Sedangkan kelompok Ansar adalah mereka yang bersedia menerima, meraikan, memberi perlindungan dan bantuan kepada orang-orang yang berhijrah dengan tanpa mengharapkan imbalan atau balasan balik selain balasan pahala dari Allah swt.

Hidup pada makna memberi. Indah akhlak yang ditunjukkan. Di sini perlu settingkan balik niat kita. bukanlah jika kita menolong seseorang, kita inginkan balasan darinya. situasi sebagai anak kepada mak jika disuruh melakukan sesuatu bantuan di rumah. kadang-kadang mak minta kita belikan sayur di kedai..kita mahukan upah. Mak minta basuhkan baju..masih berkira-kira mahu basuh baju sendiri je. Mak minta tolong di dapur..masih berlambat-lambat dan akhirnya tak turun ke dapur. jemurkan baju, basuhkan kereta, dan pelbagai pertolongan. itu dalam konteks keluarga. Ada hubungan kekeluargaan..belum lagi dengan orang yang kita tidak kenal..adakah kita nak lakukan. Kerana itu Allah menekankan dalam ayatNya 'Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan'.

Jadi perlu dilatih di rumah dengan orang yang kita kenal terlebih dahulu untuk mewujudkan rasa memberi tanpa meminta imbalan. Malahan apabila dibiasakan bukan mak yang minta tolong..belum suruh sidaikan baju...baju dah tersidai di ampaian. belum diajak masak..sudah memotong bawang di dapur..belum suruh pergi kedai sudahpun ada di atas motosikal nak ke kedai. Sejuknya hati ibu kan jika begitu akhlak yang ditunjukkan. Begiu juga dengan orang-orang yang kita rapat di bilik..rumah sewa. Banyak perlu memberi. Jika sudah terlatih dengan orang yang sedarah dengan kita, insyaAllah dengan orang-orang tidak dikenali juga kita akan melakukan perkara yang sama.

Kerana itu pendidikan @ tarbiyyah itu ialah sedikit demi sedikit ke arah yang baik, lebih baik, terbaik..jika tersasar, kembali semula kepada baik dan seterusnya. Kehidupan..kita yang tentukan pilihan hidup biiznillah. Serendah-rendah ukhwah adalah berlapang dada. Belajar untuk berlapang..melapangkan..memberi kelapangan kepada hati dan pemikiran dengan sikap-sikap yang kadang-kadang kita menjadi sedih,kecewa tapi berlapanglah kerana itu serendah-rendahnya ukhwah. Jika setinggi-tinggi persaudaraan itu ialah itsar iaitu melebihkan orang lain daripada kepentingan diri. Sesuatu yang sukar tetapi tak mustahil untuk memperolehinya. Diri ini juga dalam proses pentarbiahan.Banyak yang perlu dibaiki dan dilakukan.

Banyak lagi sebenarnya yang boleh dibicarakan tentang hijrah ini. Tetapi setakat itu dari ja'a nasrullah. Semoga kita bersama-sama dapat mencapai apa yang Allah sediakan yang amat bernilai itu, dan juga dapat belajar dari dua golongan itu iaitu golongan Muhajirin dan Ansar. Wallahu A'lam

1 ulasan:

cik zida berkata...

hmm...hijra, mudah diungkap sukar direalisasikan. Apabila ingin berhijrah untuk membuat perubahan diri perlu kuat mengatasi kebiasaan-kebiasaan buruk dan mengekang hawa nafsu.

Kadang2 kita juga perlu berhijrah ke tempat yang lebih baik mudah-mudahan persekitaran baru dapat membantu. Samada berpindah rumah atau tidak semestinya. Boleh jadi dengan meluangkan sedikit masa pergi ke mana2 masjid untuk bertafakur, ziarah kubur dsb...

Assalamualaikum

Nama

E-mel *

Mesej *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...