Isnin, 20 Mei 2013

Dosa

Taubat....


Mudah untuk di ucap..perlu mujahadah yg tinggi menghadapinya.Detik-detik yang lalu..membuatkan diri termuhasabah...bagai terasa diri dihempap gunung, hati tesentap, terpaku,terkesima dipukul peringatan dariNya, Resah menyelinap jiwa..air mata bagai xmampu berhenti,terus dan terus mengalir.."Ya Allah!!" hati berbisik,bibir laju astagfirullah xxx...... bagai rase bru ditampar dan tersedar..bagaikan menggunung khilafku.....

Wahai Tuhan jauh sudah
Lelah kaki melangkah
Aku hilang tanpa arah
Rindu hati sinarmu

Wahai Tuhan aku lemah
Hina berlumur noda
Hapuskanlah terangilah
Jiwa di hitam jalanku

Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau
Sang Maha Pengampun Dosa

Ya Rabbi izinkanlah
Aku kembali padaMu
Meski mungkin takkan sempurna
Aku sebagai hambaMu

Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau
Sang Maha Pengampun Dosa
Berikanlah aku kesempatan waktu
Aku ingin kembali
Kembali kepadaMu

Dan mungkin tak layak
Sujud padaMu
Dan sungguh tak layak aku
 
          Dari Anas r.a, katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Telah berfirman Allah Ta'ala : Wahai anak Adam ! Setiap kali engkau berdoa berharap kepadaKu, Aku akan tetap mengampunimu atas segala dosa yang engkau lakukan, dan Aku tiada peduli. Wahai anak Adam ! Andaikata dosa-dosa kamu setinggi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampunimu.Wahai anak Adam ! Andaikata engkau datang padaku dengan dosamu sepenuh bumi ini, kemudian engkau menemuiKu, pada hal tiada engkau menyekutui akan Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.

       Mari kita merenung sejenak bagaimana orang yang beriman faham tentang dosa. Dosa yang sedikit ibarat seperti gunung yang besar ingin menghempap. Berbanding orang yang tidak beriman, dosa besar ibarat seperti lalat yang hinggap di atas hidung, menghalaunya dan ia akan datang kembali. Kembali ke dalam diri kita, bagaimana kita meletakkan maksud dosa. Adakah halau sambil lewa atau benar-banar beriltizam untuk tidak mengulanginya. Astaghfirullah, kepada Allah kita akan kembali.  Semoga Allah menerima setiap lafaz taubat yang kita lafazkan hari-hari kita berhadapan dgn pelbagai mehnah dan ujian, pada dua pertiga  malam yang kita bangun mengharapkan rahmatNya yang luas. 

Rasulullah saw bersabda: 
“Sesungguhnya orang mukmin apabila melakukan sesuatu dosa, terbentuklah bintik hitam pada hatinya. Apabila dia bertaubat, kemudian menghentikan dosa-dosanya dan beristighfar, maka bersihlah daripadanya bintik hitam itu. Dan apabila dia terus melakukan dosa, bertambahlah bintik hitam itu pada hatinya, sehingga tertutuplah seluruh hatinya, itulah karat yang disebut Allah SWT di dalam kitabNya: Sesekali tidak, sebenarnya apa yang mereka lakukan telah mengkaratkan(menutup) hati mereka. Surah Al-Mutoffifin ayat 14.” (Hadith riwayat Al-Baihaqi)

     Ya Allah, Engkaulah yang punya seluruh isi bumi termasuklah hati-hati kami. Kau suluhkan hati kami jalan kebenaran dengan hidayahMu Ya Rabbana.

Selasa, 7 Mei 2013


Kasih kerana DIA 

 
Sungguh aku mencitaimu seperti aku mencintai nyawaku,
Sungguh aku menyayangimu kerna Dia menganugerahku,
Sungguh aku menyayangi ukhwah ini, 
Sungguh harapku ada harapan bertemu  di SyurgaNya,
Meski... itu tdk lyak..tp itu ku harap..harap,,dan sentiasa mengharap..
Selalu menyayangi  ukhwh ini tidak kira aku masih bernafas atau pn tidak bernyawa lagi,
Andai itu terjadi, maafkanlah aku atas khilafku padamu 
sungguh aku sgt lemah....

Himpunkanlah senda tawa, dalam ingatanmu,
Andainya rindu terpalit dhatimu, Doa sebagai penawarnya,
Ku pohon selalu ingatlah daku  dalam sujudmu.. 
Selagi ia bererti buatmu....
Semoga Allah, Kekasih kita menjgamu di setiap langkahmu tika ketiadaanku....

Sayang benar akan ukhwah ini...


by : ADIK



Khamis, 7 Mac 2013

Pantun Nasihat

                                                Allah ghayatuna...insyaAllah selamanya

Cantik sungguh si ikan laga,
Bersama anaknya sentiasa disisi,
Sekarang dah tiba bulan yang ketiga,
Sudah lama tidak terisi.

Bola yang datang melantun-lantun,
Terhenti pada pohon meranti,
Lama diniatkan hendak berpantun,
Tercapai jua hajat di hati.

Indah sungguh si bunga raya,
Bewarna warni menghiasi taman,
Pemikiran yang positif sangat berguna,
Buat bekal menelusuri jalan.

Pelbagai corak beraneka buku,
Banyak jua ilmu di dalamnya,
Jalan yang dilalui sememangnya berliku,
Sabar dan ilmu perlulah ada.

Bulan di langit kelihatan dekat,
Cahayanya memancar bentuknya bulat.
Dalam al Quran banyak tercatat,
Tentang sabar dan juga solat.

Berseri sungguh  bunga seroja,
Dihujani selalu rahmat Yang Esa,
Ukhwah itu tinggi nilainya,
Jika ithar menjadi yang utama..

Menjulang ke langit tinggi berdiri,
Tempat teduhan melepaskan lelah,
Redha Allah yang sentiasa dicari,
Itulah tujuan hamba dan khalifah.

Hati tenang melangkah ke kelas,
Mengajar makna sebuah ihsan,
Berbuat baik tanpa dibalas,
Itulah harapan dipenuh keikhlasan.

Lenanya tidur sehingga berdengkur,
Diniharinya bangun tahajud dilaksana, 
Jadikan kami hambaMu yang bersyukur,
Atas kurnianMu yang tidak terkira.

Kembang sudah seri pagi, 
Mekar mewangi harum di taman,
Berakhir sudah pantun ini,
Sentiasalah kita sebarkan kebaikan.

Isnin, 28 Januari 2013

2013

Akar yang mencengkam ke bumi, hasilnya menjulang ke langit


Membuka lembaran 2013 dengan cerita sebatang pokok.;)
Assalamualaikum wbt

Sudah lama tidak terisi. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk melakarkan di sini hari ini. Kesyukuran yang tidak terkira hanya padaNya yang sentiasa ada dikala sedih dan gembira, dikala keseorangan mahupun ramai. Semoga Allah masih menuntuniku serta orang-orang di sekelilingku ke arah redhaNya dan kasih sayangNya. Amin.

Dalam melangkah perlukan kekuatan, dalam melangkah perlukan kefahaman, dalam melangkah, perlukan keyakinan agar setiap langkah yang dilalui itu punya perasaan kebahagiaan yang sukar diperolehi di mana-mana. agar setiap langkah yang dilalui itu punya sifat kerendahan hati yang amat diperlukan. Istiqamah bukan sesuatu yang mudah. Perlukan kefahaman dan juga dorongan. Dalam al Quran ada dinukilkan tentang istiqamah.

Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka -wahai Muhammad - kepada berugama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagai mana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sebaliknya katakanlah: "Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan oleh Allah, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)". ( 42:15)

Tetap teguh (kekuatan di sini). Keteguhan yang dikehendaki ini akan diperoleh dari dalam iman yang berada di hati.Apabila kita makan buah durian yang enak dan lazat, erm, manisnya.. Dari mana kemanisan itu muncul? Dari rahmat Allah. Allah menurunkan air hujan kepada tumbuh tumbuhan dan dengan air hujan tersebut, pokok durian dapat hidup subur dan dapat menghasilkan buah yang lazat. Akarnya perlu mencengkam kuat ke bumi. Jika tidak mencengkam, pokok akan mati dan tidak tumbuh dengan baik. Akar yang mencengkam itulah yang akan dapat mengumpul air yang boleh pokok tersebut membesar dan teguh tumbuh. 

Begitu jua juga dalam kehidupan manusia, perlu kuat dalaman...cengkam seperti akar dengan bumi. Umat Islam dengan agama Islam. Perlu gengam sebaiknya, agar redhaNya diperolehi.

Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka -wahai Muhammad - kepada berugama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagai mana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sebaliknya katakanlah: "Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan oleh Allah, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)".(41:30)

Semoga diri ini dan diri kita semua masih berpegang dengan eratnya jalan yang lurus dan benar. Kami menyayangiMu Ya Rabbana. Tunjukilah kami jalan-jalan ke arah redhaMu.
   







  

Selasa, 27 November 2012

Muhasabah

 
Kesyukuran masih diberi izin oleh Allah untuk beramal. Semoga Allah menerima segala amal2 kita. Sayang Allah selama-lamanya.;)

Wahai akhwatfillah, kadang2 kita tidak sedar kita merungut malksanakan sesuatu perkara…..
Wahai akhwafillah, kadang2 kita tidak sedar kita sering menyalahkan orang lain dan menuding jari pada orang tentang kekurangan sesuatu perkara…

Sahabtku…dalam kita merungut, dalam kita menyalahkan orang lain,,,mari kita sama-sama melihat kembali diri kita….adakah hari ni kita ada membaca al Quran, baru selesai tadi kita membacanya Alhamdulillah. Adakah kita merasai sesuatu dalam hati kita ketika kita membaca al Quran? Tanya balik dalam dri kita
"Di suatu malam Rasulullah berkata kepadaku, "Wahai Aisyah…, biarkanlah aku beribadah kepada Robku mala mini" Aku berkata, "Demi Allah, sungguh aku sangat suka berdekatan denganmu, (akan tetapi) aku suka apa-apa yang membuatmu senang" Maka Nabipun berdiri dan bersuci lalu beliau sholat. Maka beliau terus menangis hingga tangisan beliau membasahi pangkuan beliau (*tatkala duduk)…, kemudian beliau terus menangis hingga membasahi janggut beliau.., kemudian beliau terus menangis hingga membasahi lantai. Lalu datang Bilal mengumandangkan adzan sholat subuh. Tatkala Bilal melihat Nabi menangis maka Bilalpun berkata, "Wahai Rasulullah, kenapa engkau menangis?, padahal Allah telah mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu maupun yang akan datang?".

Nabi berkata,

«أَفَلَا أَكُونُ عَبْدًا شَكُورًا، لَقَدْ نَزَلَتْ عَلَيَّ اللَّيْلَةَ آيَةٌ، وَيْلٌ لِمَنْ قَرَأَهَا وَلَمْ يَتَفَكَّرْ فِيهَا

"Tidakkah aku tidak menjadi hamba yang bersyukur?, sungguh telah turun kepadaku malam ini sebuah ayat, celaka orang yang membacanya dan tidak merenungkannya"


إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَاخْتِلافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآيَاتٍ لأولِي الألْبَابِ

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal…."
(QS Ali Imron : 190 dst) (HR Ibnu Hibbaan dalam shahihnya no 620, dishahihkan oleh Al-Albani dalam As-Shahihah no 68 dan juga oleh Syu'aib Al-Arnauuth)

Lihatlah…bagaimana keadaan Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam tatkala berdiri di hadapan Allah dengan melantunkan ayat-ayat Al-Qur'an. Sebuah ayat membuat beliau menangis…menangis… dan menangis…. hingga tangisan beliau membasahi lantai…, beliau menangis hingga terbit fajar. Padahal beliau telah diampuni dosa-dosa beliau baik yang telah lalu maupun yang akan datang…bahkan telah dijamin masuk surga…akan tetapi demikianlah hati beliau bersama Al-Quran.

…bagaimana dengan kita wahai akhwat …yang tidak tahu apakah dosa-dosa kita yang bertumpuk-tumpuk diampuni atau tidak??

Mari kita sama-sama2 menghayati apa yang selalu kita panjatkan dalam surah al fatihah…
Dalam sehari kita akan membaca surah al fatihah banyak kali akhwat, dalam solat zohor,asar, maghrib, dan isyak. Kia selalu mengulang dan mengulang permintaan kita kepada Allah. Betapa kerdilnya dan tiada apa-apanya kita wahai akhwat. Dalam 5 solat sehari semalam. Setiap bangun berdirinya ruku’ dan sujud, kita akan melafazkan surah al fatihah, setiap kali, nak membaca Al Quran, kita akan menyebut surah ini. Jika dalam solat sehari semalam, 17 kali kita akan sebut. Belum ditambah dengan solat2 sunat yang kita lakukan. Apa maksud yang kita slalu meminta wahai akhwat?? Saya akan mengulangi 2 kali untuk sya dan juga akhwat malam ini menghayati apa yan selalu kita ulng dan ulang meminta pada Allah..mari sama2 akhwat kita dengarkan

Dengan menyebut nama Mu ya Allah
Yang Maha Pengasih, Penyayang
Segala puji bagi Mu ya Allah
Pemelihara seluruh alam raya

Engkaulah Maha Pengasih dan Penyayang
Yang menguasai Hari Pembalasan
Hanyalah kepada Mu kami menyembah
Dan pada Mu kami mohon pertolongan

Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang Kau beri nikmat
Bukan jalan mereka yang Kau murkai
Dan bukan pula jalan mereka yang sesat 

Ya Allah yang maha pemurah lagi penyayang  diulan 2 kali dalam setiap sekali bacaan. Tiada yang lebih penyayang melainkan Allah. Yang berkuasa pada hari akhirat nanti, hanya kepada Allah kita menyembah dan meminta pertolongan, hanya….Allah yang tahu isi hai kita, serapat mana manusia dengan kita, mereka takkan pernah tahu keseluruhan dalam hati kita, kita meminta tunjujkkan kami jalan yang lurus, jalan orang yang Kau beri segala keikmatan, bukan jalan mereka yang sesat…

Wahai akhwat, semoga kita seniasa dapat muhasabah balik setiap apa yang kita ucapkan, setiap apa yang kita lakukan dalam sehari, sebelum tidor, maafkan kesalahan orang lain…dan doa meminta kesejahteraan dariNya. Semoga kita dalam rahmat kasihNya.amin2 ya Rabbal alamin…

Isnin, 26 November 2012

Percaya;)



Semoga kita semua akan menjadi hamba ALLAH yang lebih baik lagi selepas ini. InsyaALLAH..semoga ALLAH sentiasa memberikan kita hidayahNYA dan menunjukkan kita kepada jalan yang benar.

Hijrah pada zaman serba moden ini bukanlah lagi hijrah dengan unta atau dengan kuda. Bukanlah hijrah kerana dikejar oleh musuh durjana. Bukanlah juga hijrah yang memerlukan kita berjalan di padang pasir yang panas membara. Tetapi, hijrah kita adalah hijrah hati, ubah sikap dan baiki diri kita kepada yang lebih baik dari yang sebelumnya. ana? Adakah ana sudah berhijrah? ana mencuba untuk perbaiki yang lebih baik setiap hari. Sahabat2  juga mesti begitu kan.Mari kita sama2 mengazamkan diri kita..


Dalam kehidupan kita Ada sesuatu yang lebih susah daripada susah iaitu berubah sehinga ada orang yang lebih selesa untuk terus hidup susah berbanding dengan mengambil tindakan untuk buat perubahan.. itu asasnya dan Hijrah dipilih sebagai peristiwa yang signifikan untuk menandakanpermulaan kalender islam.Dalam byk peristiwa yang berlaku, hijrah merupakan satu suatu titik perubahan…hijrah telah menukar dari islam yang rendah ke tinggi.islam yang ditekan kepada dihormati.

Cabaran hijrah…ketika perang khandak @ ahzab, para sahabat berada dalm keadaa yan sangat tertekan. Mereka dikepung dengan tentera musuh arab yang bergabung di seluruh semenanjung tanah arab, nabi saw telah menyebut sesuatu berkaitan dengan percaya Berjaya. Kata Baginda saw, untuk memotivasi sahabat

Kota konstantinopal iaiu instanbul pada hari ini pasti akan berada di tangan kita suatu hari nanti, sebaik2 ketua adalah ketuanya, dan sebaik2 tentera adalah tenteranya, ana nak gambarkan bagaimana perasaan sahabat ketika menerima sarana ini diterima..seolah2nya beginilah, raja gopal, kua pemain Malaysia membuat pengumuman hari ini pasukan malaysa akan menjulang piala dunia. Bagaimana kah perasaan penonton apabila dengar,,,,boleh ke (keraguan) dan ana rasa mungkin itu perasaan sahabat ketika rasulullah menyebut perkara itu, sebab mereka merupakan satu komuniti kecil di madinah, yang hidup seperti di hujung tanduk, berada dalam kepungan.tetapi  kontanstinopal merupakan kota yang terbesar pada waktu itu, itu cara Nabi saw memotivasi sahabat. Percaya selepas melihat sesuatu, itu tidak ada nilai yang signifikan tetapi yang hebat ialah percaya sebelum melihat  sesuatu dan kita bekerja untuk melihat apa yang kita percaya..itu yang diajar Rasulullah kepada kita. Baginda tidak berbohong,apabila Rasullah saw sebut,ia pasti akan brlaku, sahabat pun meyakininya dan mereka bekerja untuk melihat apa yang mereka percaya. Semangat itu yang kita nak bawa, dalam khdpn kita..maka usaha dibuat dan dibuat..thn 44 hijrah Mesir x berjaya, tahun depannya x berjaya, berikutnya x Berjaya, bukan 20 tahun penantian,,,,800 thn..janji Nabi saw itu tertunai pd tahun 1453 di tangan manusia biasa yg luar biasa, namanya Sultan Mohammad al Fateh,sultan ketujuh kerajan Turki Uthmaniyyah…konstantinople Berjaya ditawan..(keazaman yang tingi dan tidak luntur)

Kekangan yang besar untuk berjaya pada hari ini adalah soal kemampuan untuk percaya..cth:cita-cita  untuk menjadi pekerja kilang bagi mereka yang duduk pedalaman…usaha kita adalah untuk menukar kepercayaan itu.Dalam B.Ingeris disebut baby elephant sindrom…kita lihat bagaimana kita pergi ke pertunjukan sarkas,seekor gajah yang besar hanya ditambat dengan seutas rantai, yang sangat mudah untuk dilepaskan tapi mengapa gajah itu tidak lepaskan diri? Kerana…..kesan doktrinasi pengalaman silam, semasa ia kecil, ia dirantai.sebagai anak kecil, ia cuba untuk melepaskan diri,cuba tidak berjaya,2x, dan akhirnya selepas 20 thn, anak gajah dah jadi abang gajah,tapi abg gajah dah berhenti mencuba sebab ia dah meyakini dalam kepalanya rantai itu tidak dapat dilepaskan,. Sebenarnya yang merantai bukan kaki gajah itu, tetapi pemikirannya

Melaksanakan perubahan bukan pilihan,tetapi kemestian.cukup sekadar ana katakan bahawa i.Allah akhir perjalanan kita ialah syurga Allah swt..sipakah kita akan jumpa di syurga..kita akan jumpa dengan Nabi Muhamad saw, Khalifah Abu Bakar, Khalifah Uthman, Khalifah Ali, Saiditina Aisyah, Saiditina Khadijah..Siapakah mereka? mereka adalah orang-orang yang hebat. Syurga adalah tempat orang-orang yang hebat untuk menyertainya. Kalau diri kita tidak hebat, apakah pilihan yang kita ada? tak layakkah ke syurga? Ke nerakalah…Nauzubillah min zalik. Tiada pilihan dan Allah meletakkan pd kita semua ada potensi (Allah menjadikan manusia sebaik2 manusia) kejayaan terbesar kita ialah kita mengenal di manakah keistimewaan dan potensi kita.


Sahabat-sahabatku..ingatlah, dunia ini hanya sementara. Tiada apa yang akan kekal di dunia ini. Sebelum hijrah yang fana, hijrah dari dunia ke akhirat itu tiba marilah sama-sama kita berusaha menjadi hamba ALLAH yang lebih baik. Ambillah peluang yang masih ALLAH beri pada kita pada hari ini, peluang untuk kita bernafas di atas muka bumi. Manfaatkan sepenuhnya. Saat nyawa bercerai dari badan, tiada apa lagi yang mampu kita kesalkan. 

p/s: diambil dari saifulislam dalam rancangan mhi. Amat terkesan dengan kata-kata ini. Mahu menyimpannya dalam penulisan ini agar boleh diingati;)


Sabtu, 17 November 2012

Persembahan

Alhamdulillah nak simpan dalam blog nie, dan perlu perbaiki lagi untuk persembahan akan datang. Harapan, nak wakilkan mereka di pertandingan kalam jamaie tahun hadapan. InsyaAllah. Semoga Allah memberi ilham dan tenaga untuk melaksanakannya.

Isnin, 5 November 2012

Dimulai Boria Arab



Alhamdulillah sedikit persembahan untuk majlis penyampaian hadiah akhir tahun Sek Keb Rantau Panjang hari Rabu ni. Tak banyak yang dapat dipersembahkan disebabkan masa berlatih yang terhad. Memilih adik2 fi furqah athaalis (darjah 3)

Assalamualaikum     waalaikumussalam
Ahlan wasahlan       Ahlan bika
Sobahal Khoir         Sobahannur
Masa' al Khoir        Masa'annur

Ana Haiza      waana Farina
Ana Fara        waana Siti
Ana  Nisa       waana Izzati
Alhamdulillah nahnu bilkhoir

1,2,3 al amal, al amal, al amalu niyyah, al amalu niyyah, al amalu niyyah, al amalu niyyah.....

al mudiru (guru besar), al Bustani (pekebun), al kaatibu (kerani), al haarisu (pengawal), al a'rifu (pustakawan), raiisul fasli (ketua kelas).....
Nahnu jamiia'n fil madrasah....madrasati....madrasati....madrasati.....

1,2,3 Taala na'qul wanasyhrab (Mari kita makan dan minum)

Hazihi fathiratun (Ini roti canai)~gaya tebar roti canai
Haza Hasaaun (Ini sup) ~gaya minum sup
Hazihi Makrunatun (Ini makaroni) ~gaya makan makaroni
Haza a'siirun (ini jus) ~gaya minum jus
Hazihi buzhotun (Ini ais krim)-gaya makan ais krim
Haza baskawiitun (Ini biskut) `tunjuk bentuk petak segi macam biskut

1,2,3 Hazihi fathiratun        Wa Haza Hasaaun
Hazihi Makrunatun             Wa Haza a'siirun
Buzhotun                            Baskawiitun 
A'siirun                               Fathiratun
Hazihi Fathiratun Wa haza Hasaaun (~rentak lagu Pak Mamat ada kebun)
 # Nada lambat-lambat.

1,2,3 Hazihi fathiratun        Wa Haza Hasaaun
Hazihi Makrunatun             Wa Haza a'siirun
Buzhotun                            Baskawiitun 
A'siirun Fathiratun Hazihi Fathiratun Wa haza Hasaaun (~rentak lagu Pak Mamat ada kebun)
# Nada laju-laju

Semoga semua dapat tahu apa makanan dalam bahasa arab dan pekerjaan yang ada di dalam sekolah dalam bahasa Arab..;D..Semoga selepas ni dapat buat kalam jamaie untuk Sek Keb Rantau Panjang, Kuching. Doakan;D

Ahad, 4 November 2012

Perpisahan kerana Allah



Dan Tuhanmu menciptakan apa yang dirancangkan berlakunya, dan Dia lah juga yang memilih (satu-satu dari makhlukNya untuk sesuatu tugas atau keutamaan dan kemuliaan); tidaklah layak dan tidaklah berhak bagi sesiapapun memilih (selain dari pilihan Allah). Maha Suci Allah dan Maha Tinggilah keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan denganNya. 
Dan Tuhanmu mengetahui akan apa yang terpendam dalam hati mereka dan apa yang mereka zahirkan.
Dan Dia lah Allah tiada Tuhan melainkan Dia. Segala puji tertentu bagiNya, di dunia dan di akhirat; dan hanyalah Dia yang berkuasa menghukum, serta kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.(28:68-70)


mata berair menakung air yang serat. hati sebak mendengar setiap bait nasihat dari mereka. seorang demi seorang memberi nasihat dan kata-kata semangat.telus semuanya. perjumpaan kita adalah keranaNya. Allah pertemukan kita dan kita memikul satu tugas yang bukan boleh pandang sebelah mata. Astahgfirullah. Apa yang sudah dilakukan. Islam adalah agama yang hebat dan tertinggi. Ya Allah Kau berikan kekuatan pada kami dalam membantu diri kami dan orang-orang yang ada di sekeliling kami. Seorang akhwat yang sudah lama bergerak di Sarawak akan bertukar ke semenanjung. terasa kehilangan tetapi masih ingat kata-katanya. kita umpama batu bata. saling menampung antara satu sama lain. Keluarkan potensi masing-masing agar simen yang berada diantara batu bata itu kuat dan boleh menampung bangunan menjadi bangunan yang kukuh. Semoga ukhti doakan kami di sini dan ukhti tetap tegar berjuang di sana. insyaAllah.

Hari ini, dapat meseg dari adik kandung yang akan menduduki spm. "salam, k.~ esok amir exam.Doakan". Dalam kesibukan berusrah dan berprogram, jauh di dasar hati....tersimpan satu doa..nak sebuah keluarga yang fahami dan amalkan Islam sebaiknya.Akaknya membalas, buat yang terbaik, Allah memandang usaha amir. Dia menjawab, "InsyaAllah amir dah buat latihan. amir ada skor Math". Akak menjawab, alhamdulillah bagus adik akak sorang ni. Nanti nak tengok amir masuk u. Amat terharu dengan kata-kata amir. Dalam hati, amir jadi anak yang soleh pada ma dan abah ye, dan pejuang agama. amin. Sesiapa pun akan punya perasaan yang sama. Boleh duduk dalam satu keluarga berhalaqah, dan berbincang tentang agama. InsyaAllah kita yang perlu mulakan. Allah akan sampaikan pada mereka. Ia memerlukan kesabaran jua..Tidak hari ini, mungkin hari esok, tidak bulan ini, bulan depan. Yang penting, setiap amal yang kita lakukan ikhlaskan diri dan sentiasa doakan keberkatan dan keredhaan Allah swt. Tidak mustahil perkara ini akan terjadi. InsyaAllah. Semoga sentiasa thabat dalam jalanNya.;)

Ahad, 30 September 2012

Masih tidak puaskah?

                           Dalam diam, hati ini berkata-kata...apakah kita boleh memuaskan hati semua yang ada di sekeliling kita? berfikir sejenak.... Bagaimana untuk kita memuaskan hati semua orang? adakah dengan memekakkan telinga atau ini adalah satu hint yang perlu kita atasi dalam diri kita? 

                           Teringat satu kisah di mana seorang ayah dan anaknya dan himar mereka. Apabila mereka berjalan bersama-sama. Kedengaran bisikan orang yang memerhatikan mereka. 'Kenapalah tak guna himar". Dari percakapan itu, si ayah menaikkan anak ke atas himar dan ayah membawa himar meneruskan perjalanan mereka. Bila mereka berjalan lagi, kedengaran bisikan orang yang memerhatikan mereka, "Kenapalah biarkan ayah yang tua berjalan sedangkan anak yang muda berada di atas himar, sepatutnya si ayahlah yang sepatutnya duduk dan biarkan anak membawanya. Si ayah lalu menurunkan anak dan si ayah naik ke atas himar.Lalu mereka berjalan lagi. Selepas itu, kedengaran lagi bisikan dari orang yang memerhatikan mereka. "Kenapalah mereka membiarkan himar itu sakit dengan membawa orang yang dah tua dan berat" Lalu si ayah turun dari himar. 

                           Singkatan dari cerita ini menunjukan pendapat manusia berbeza antara satu sama lain. Yang seorang na himar tu relaks, yang seorang yang lain pula nak ayahnya relaks, yang seorang yang lain pula nak anak yang relaks. Jika kita? kita nak siapa yang relaks?? Biar diri kitalah yang rileks kan..hehe. Boleh jawab sendiri masing-masing. 

                               Dalam situasi ini, boleh kita tahu untuk meneruskan destinasi kita, yang paling utama ialah apakah pendirian kita. Bulatkan azam kita, apa yang ingin kita capai dalam kehidupan, dan laksanakan sebaiknya tanpa melanggar syariat Islam. Jika kita ada pendirian yang tegas, apa pun yang dikatakan manusia kita dapat terimanya kerana kita tahu apa yang ingin kita tuju itu lebih besar dan memberi faedah yang lebih baik untuk diri kita dan orang lain.Nak puaskan hati manusia juga.,,boleh tapi buat apa yang kita mampu. Banyakkan keterikatan dengan penghubung antara hati2 manusia yakni Allah. Minta padaNya supaya kita beroleh jalan yang mendapat redhaNya. InsyaAllah Allah akan bagi pada kita semua. 

                             Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ya'la berkata: "Kami masuk ketempat Muhammad bin Suqah Azzahid, maka ia berkata: "Mahukah saya sampaikan kepadamu hadis yang mungkin berguna bagimu sebagaimana telah berguna bagiku?" Atha'bin Abi Rabaah berkata kepadaku: "Hai anak saudaraku, orang-orang yang dahulu dari kamu itu tidak suka bicara yang tidak perlu atau bukan kepentingannya, dan mereka menganggap tiap bicara yang tidak perlu itu sia-sia kecuali kitabullah dan amar ma'ruf dan nahi mungkar, atau keperluan kehidupan sehari-hari." Kemudian ia berkata: "Apakah kamu dapat membantah ayat (Yang berbunyi): "Wa inna alaikum lahaa fidhin kiraaman kaatibien." (Yang bermaksud): "Sesungguhnya padamu ada Malaikat yang baik-baik tukang mencatat." Anil yamini wa anisysyimali qa'ied." (Yang bermaksud): "Disebelah kanan dan kiri tempat duduk." Maa yalfidzu min qaulin illa ladaihi Raaqibun Atied." (Yang bermaksud): "Tidak melepas sepatah kata melainkan ada Malaikat yang mencatat iaitu Malaikat Raqib dan Atied." Apakah tidak malu salah satu kamu bila dibuka lembaran amalnya, dunia yang utama bahkan hanya yang tidak penting dan lebih-lebihan semata-mata?" 

                                          Perlu tahu setiap patah yang kita keluarkan akan diminta tanggungjawaban. Jika nak kita relaks atau erti kata sebenar untuk berehat di akhirat, kita perlu diam dan berkata yang baik2 sahaja sewaktu di dunia(kepada diri terutama). Jika ada yang tidak puas hati, sama-sama boleh bawa berbincang dan selesaikan apa yang menjadikan kita tidak puas hati. Sedikit sebanyak masalah kita akan selesai dan dendam kesumat pun tidak akan hadir bersama kita. Semoga hari ini lebih bahagia dan tenang dari sebelumnya.;)...:)

Isnin, 17 September 2012

JanjiNya



Sabarlah wahai saudaraku,

Tuk menggapai cita

Jalan yang kau tempuh sangat panjang

Tak sekadar bongkah batu karang


Yakin wahai saudaraku

Kemenangan kan menjelang

Walau kita hadapi masanya

Tetaplah al-Haq pasti menang


Tanam di hati benih iman sejati

Berpadu dengan jiwa Rabbani

Tempah jasadmu jadi pahlawan sejati

Tuk tegakkan kalimat Illahi


Pancang tekadmu jangan mudah mengeluh

Pastikan azammu semakin meninggi

Kejayaan Islam bukan sekadar mimpi

Namun janji Allah yang akan pasti


Terasa masih menggema alunan lagu rancak nasyid yang dimainkan pengisi ketika dauroh booster untuk meniup semangat suatu masa dahulu Kami sayang padu Mu Allah lebih dari kecintaan yang selayaknya kami curahkan untuk diri dan keluarga kami. Kami sayangkan dakwah dan tarbiyah sebagai nilai makanan rohani buat penyabung hidup di dunia yang penuh fartomogarna ini. Kami sanggup berbuat apa sahaja untuk umat ini agar kami dapat sama-sama bergandengan tangan masuk ke syurgaMu InsyaAllah. Seperti kata Umar, tiada apa yang membuat dia bersemangat untuk menghuni dunia ini melainkan kerana ada tikar sejadah buat sujud padaMu Ya, kerana adanya jihad dan perang buat mengangkat pedang di depan lawan dan kerana suka berhimpit-himpit dalam halaqoh dzikir. Ya Allah berilah aku sekelumit rasa qanaaah seperti yang kau beri pada Umar. Cukuplah di dunia ini dengan dakwah dan jihad maka semua akan beribadat seolah mati akan menjemput kami esok hari dan bekerja seolah kami akan hidup selama-lamanya.

Selasa, 28 Ogos 2012

Eid Mubarak!


 Syawal di negeri yang berbeza sambutannya juga berbeza. Sedikit nak berkongsi perbezaan sambutan hari raya semenanjung dan sarawak. Petang tadi baru lepas beraya di lima buah rumah di Kampung Rantau Panjang, Kuching. Dalam masa lebih kurang 4 jam. Kami dihidangkan dengan air gas di setiap rumah. Makcik di situ memberitahu semua orang di Sarawak ni guna air gas dan kami dihidangkan dengan kek lapis sarawak dan semuanya dipolah(dibuat) sendiri. Rasanya sangat best, tak macam beli di kedai (yang 1 rm 10). kek lapis mereka bukan satu dua tetapi lima ke atas. Memang orang yang sabar sarwak ni. sebab bukan mudah nak buat, memakan masa yang lama di samping kena tunggu, tak boleh tinggal. Jika di semenanjung, akan menghidang makanan berat seperti laksa, bihun goreng, nasi dagang. Jika di sini, menjamu kuih dan kek sahaja. Bila ditanya di awal hari raya pun mereka akan menghidangkannya begitu. Mereka masak untuk keluarga sahaja dan adik beradik yang datang sahaja. Bahaya juga pekena air gas. lima buah rumah, jadi lima gelas air gas. Sebuah rumah, boleh lagi masuk segelas air gas. Bila rumah kedua dah tak dapat masuk. Separuh je. Rumah ketiga pula tak sentuh langsung air gas tu. Kebetulan ada anaknya baru masuk rumah, terus suakan padanya air tu. Bimbang juga mengguris perasaan tuan rumah jika tidak minum. Bila pergi rumah keempat, terus minta air kosong. dan rumah yang kelima kami tak minta air, sebab baru lepas minum kata kami. Bila difikirkan semula, bagaimana jika beraya disini. He. perlu bijak mengawal sebab air gas bahaya untuk kesihatan tetap bagi masyarakat di sini, mereka dah biasa. Lagi pula mereka kata air tu jumpa di bulan syawal sahaja. Sangat berbeza kan. Sekadar coretan bingkisan raya. Ziarahlah dan berkunjunglah ke rumah teman2 sambil bermaafan ye dan jangan lupa untuk berpuasa sunat syawal.=)

Isnin, 23 Julai 2012

Kemanisan lebih terasa selepas kepahitan




~Sesungguhnya engkau memiliki kewajipan terhadap Tuhanmu, kewajipan terhadap dirimu,kewajipan terhadap tamu maka berikanlah kepada mereka masing-masing haknya~

Memang kita akan punya banyak hak-hak lebih-lebih lagi orang-orang yang berada di sekeliling kita. Syukur Alhamdulilah kepada Allah setinggi-tingginya atas nikmat yang diberikanNya.

Situasi yang berlaku pada diri. Mula-mula melangkah ke Sarawak, tidak punya kenderaan tetapi mahu keluar pergi berusrah @ jumpa akhwat. Dalam hati ini hanya Allah sahaja tahu hati membentak ingin keluar tetapi tidak punya kenederaan sendiri. Disebabkan terlalu ingin, kaki digagahi melangkah, mulut digagahi untuk lanca bersuara walaupun agak segan sebenarnya untuk 'meminjam'. Meminjam kenderaan orang kampung. Kerana itulah yang dapat difikirkan untuk masa yang terdekat. Sambil didiringi doa, lancar sahaja lidah ini meminjam motosikal kak Kiah. Kakak yang bekerja di sek Keb Rantau Panjang sebagai orang yang mencantikkan sekolah dan memberi makan kepada pelajar RMT di sekolah saya.

Laju sahaja K.Kiah membenarkan untuk meminjam. 'Bolehlah' katanya. Alhamdulillah..Perjalanan dengan motosikal disebabkan tidak ada kenederaan lain. Mula-mula mencari jalan ke rumah murobbiah. Memang tak tahu apa-apa jalan waktu awal2 disini. Saya meseg akak jqaf yang lama di sek bertanya tentang jalan menghala ke tempat yang dituju. Alhamdulillah, lengkap meseg dibalas panjang beserta jalan-jalan dan mudah untuk menelusurinya. Sambil bawa moto, sambil melihat meseg bimbang salah masuk jalan dan Alhamdulillah sampai akhirnya ke tempat yang dituju.

Sebelum bertolak tadi, saye lupa,saye punya seorang housemate dan dia juga seorang guru jQaf. Dia amat faham tentang sy. Sampai sekarang, dia faham sy suka keluar, pergi usrah, pergi berprogram. Kadang-kadang dia ikut sekali berprogram. Malah pernah membantu dalam program Nazim tempoh hari . Amat berterima kasih padanya sebab dia bersengkang mata membalut hamper nazim sampai jam 2 pagi. Kebahagiaan ini hanya Allah sahaja yang tahu. Saya amat menghargai persahabatan ini. Sememangnya hak persahabatan itu perlu dipenuhi. Saya cuba seupaya untuk menunaikan hak persahabatan. Apabila di rumah kami sama-sama berkongsi ceria, bertukar pandangan, sama-sama memasak, bergurau dan kadang-kadang bergaduh juga. Hehe. Duduk sebumbung kan. Tetapi alhamdulillah pergaduhan kami tak berpanjangan.

Selalu dalam doa agar Allah membantu saya dalam hal ini. Menunaikan hak, pernah terfikir semasa awal2 dulu, sya keluar, meninggalkan sahabat saya untuk tunaikan hak dan tanggugjwab yang lain. Allah lebih tahu rupanya apa yang kita fikirkan. Kemudian Allah bagi jwapannya dengan kemudahan yang diberikan. Dalam kepergian saya keluar sekalipun, saya akan tinggalkan pesanan kepda housemate dan dia faham akan sy. Malah housemate sy telah mengenali akhwat yang bertandang ke teratak kami, teratak kayu yang unik.Apabila saya balik saya kata kwn saya ikut sekali ni. Pernah waktu tu tengahari, bila sampai je rumah, memang sangat kemas rumah kami, sebelum tu kemas juga, lagi kemas lagi, lepas tu dia siap masakkan tomyam lagi. Ajak akhwat makan sekali. Dalam hati ini amat bersyukur pada Allah dan berterima kasih sgt padanya. Alhamdulillah.

Saya meminjam kenderaan k.Kiah acap kali. Memang rasa malu sgt tapi disebabkan keinginan yang kuat sy pinjam juga. Sehinnggalah pada suatu hari ada program Isac, saya meminjam moto k. Fauziah pula, seorang kakak yang menumpangkan kami tidur dirumahnya sebelum kami dapat cari rumah baru mula2 samapi di Sarawak dulu. Apabila pinjam motosikalnya, petang itu seusainya program, hujan sangat lebat, lebat dan lebat. Tidak ada tanda hujan itu bertukar reda atau renyai2. Saya ambil keputusan untuk 'meredah' sahaja hujan itu. Hari pun dah nak malam,amat bimbang. Tidak ada baju hujan saya fikir, sy tak check sbb bukan moto sendiri. Terus pergi, memang habis lenjun baju yang dipakai bersama sweather biru. Teringat saat itu.Hari dah gelap, hujan semakin lebat saya kira, tambah lagi, topi keledar tidak ada cermin. Amat tak tertahan tapi meredah juga sehingga jumpa satu bandar, saya singgah di situ sebab rasa dah teruk sangat sejuk sambil nak mencari kedai yang jual baju hujan. Sambil2 mencari kedai buka telefon, ada miscall, miscall dari k.Fauziah, Saya call balik dan dia sebenarnya risau akan sya, dan memberitahu baju hujan ada dalam moto. Saya terus ke moto dan membuka, memng ada. Meneruskan perjalanan disebabkan hari sudah semakin gelap gelita. jam 9 mlm rasanya. Hujan masih lebat, saya teruskan pulang ke rumah. Baju hujan sy menyarungnya. seluar hujan sy ikatkan di kepala menutupi muka, nmpak mata je sebab helmet takde cermin. hujan yang kena di muka terasa sakit jika tak buat begitu. Dalam perjalanan, sik ada nampak penunggang motosikal. Bila berhenti di traffic light, sebelah2 kereta.. Yelah, hujan lebat sagat waktu tu. Agak malu juga waktu tu. Dengan muka yang bertutupnya, nasib baik orang tak nampak muka.

Sampai di rumah, housemate terkejut sbb meredah hujan dan memang macam baru keluar dari air sungai. Sangat sejuk waktu tu tapi cepat2 bersiram balik. Bimbang demam. Esoknya saya mendapat lham untuk ada sebuah kereta. Itulah hari terakhir sya menaiki motosikal. Memang amat perit, dan kerana itu juga mengajar sy untuk ada sendiri kenderaan yang lebih baik,lebih terjamin ketika hujan.Alhamdulillah viva manual putih menjadi pilihan dan telah memilikinya tak sampai seminggu pengurusannya. Allah mudahkan dengan pertolongan cikgu Maznah, seorang cikgu yang mengajar prasekolah. K.Maznah yang bawa pergi JPJkebetulan tamat P. Berterima kasih sagat padanya dan bersyukur kepada Allah atas nikmat ini.

Semuanya milik Allah. Teruskan pencarian dengan viva putih. Hak itu amat beharga dan perlu ditunaikan lebih-lebih lagi yang pertamanya jaga hubungan dan hak kita dengan Rabbul Jalil. Ya Allah Rahmatilah kami dan tautkanlah hati kami dan dkatkanlah hati kami untuk kami sama-sama mengasihiMu.

~coretan ini untuk diri ini ingat akan kemanisan itu keluar selepas adanya keperitan~


Assalamualaikum

Nama

E-mel *

Mesej *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...