Allah berfirman:
Isnin, 23 Mei 2011
Jom Berpindah
Allah berfirman:
Khamis, 19 Mei 2011
'Daerah'
Daerah ini…yang ramai akan menyinggah…kita boleh memilih sesiapa yang akan menyinggah hati kita…
Allah swt Maha pengasih Maha penyayang.
Tiada kasih standing kasihNya. Tiada sayang setanding sayangNya. Dialah Allah swt yang penyayang di antara yang penyayang.

Sabtu, 14 Mei 2011
Indah
Bismillah
Kesempatan di pagi yang ceria, dapat beriadah, berjoging bersama 3 orang hosuemate yang disayangi. Memenuhi hak kepada diri sendiri tentang perlunya kekuatan fizikal dalam mengharungi kehidupan. Tanpa kekuatan fizikal, badan akan mula lemah, angin karbondioksida bertambah dalam badan. ~Alhamdulillah. Jom lepas nie boleh jadikan rutin kerana keperluan untuk diri kita juga.~ (jika tak dapat buat bersama-sama…keseorangan pun boleh…) Lama sudah tidak menulis, maaf kepada diri (astaghfirullah)..kepada yang membacanya, afwan…semoga kita sama-sama masih tetap terus menerus melakukan amalan dengan keikhlasan kepada Allah swt kerana Allah swt, untuk Allah swt. Kebaikan untuk diri kita juga akhirnya. Hadiah dari Allah swt. Ingin mencoret tulisan berkaitan indah. Sangat Indah. Indahnya. Sahabat2, adik2 yang indah.
Sisiknya berkilau pelbagai warna,
Indahnya jika terus memujiNya,
Kerana ia ciptaan yang Esa. (SubhanAllah)
Indah bumi ciptaan Yang Esa
Indah hati kerana imannya
Indah manusia dengan bahasanya
Indah mata melihat kebesaranNya
Indah matahari sinaran cahayanya
Indah pagi dengan panggilan kebesaranNya
Indah pelangi dengan warnanya
Indah rumah dengan perhiasannya
Indah tangan dengan pemberiannya
Indah wajah kerana senyumannya
Indah. Indah. Indah…..
Semuanya indah…
Daripada hati…mata..tangan…wajah….siapa yang tidak sukakan indah. Indahnya jika peroleh indah.
Semuanya indah…
Daripada bumi….pelangi….matahari….pagi…manusia….sungguh indah. Semuanya ciptaan dan nikmat Allah swt kepada kita.
Sesungguhnya Allah Ta'ala indah dan suka kepada keindahan. Allah suka melihat tanda-tanda kenikmatannya pada diri hambaNya, membenci kemelaratan dan yang berlagak melarat.
(HR. Muslim)
Keindahan itu disukai oleh semua manusia. Yang berbuat baik mahupun yang berbuat jahat. Dari yang kecil kepada yang tua. Sejauhmanakah keindahan yang kita huraikan untuk diri kita?? Jawab dalam diri. Ada yang berkata. “ Indahnya pelangi itu” terus memuji Allah dalam hatinya. Ada juga yang berkata “ wow, cantiknya perempuan itu” terus ingin manjadi cantik sepertinya. Ada yang bertemu keindahan, terus ingin memilikinya. ‘indahnya kereta mewah itu. Aku akan dapatkannya”. Jadi manakah yang sebaik-baiknya?? Ingin memiliki indah?? Ingin menjadi indah??ingin berjiwa indah?? Jawapannya ada di perenggan bawah ini.
Semestinya jiwa @ hati yang indah akan membentuk segala perlakuan nan indah juga. Jadi, jom sama-sama masuk ke dalam hati kita dan perindahkannya. Rasulullah saw pernah bersabda bermaksud:
Sesungguhnya dalam jasad itu ada segumpal daging. Apabila dia baik, maka baiklah seluruh jasad. Tetapi, apabila dia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa dia itu ialah hati. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Hiaskan dengan sesuatu yang indah juga. Ia adalah sesuatu yang paling mulia…alunannya indah…maksudnya mententeramkan..mendamaikan..lafaznya..memberi getaran. SubhanaAllah itulah ***Al Quran al Karim***
Dalam surah az Zumar ayat 23 yang bermaksud:
Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya) yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara) yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah pertunjuk Allah Allah memberi hidayah pertunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah pertunjuk kepadanya.
~Jom buka Al Quran dan membacanya…memahami kandunganNya..hadiah dari Allah swt…kepada hamba-hambaNya~
Isnin, 9 Mei 2011
Apakah ada??

hasil nukilan: Aisyah Mohd
Jumaat, 6 Mei 2011
Air Mata Cinta
Bismillah….
Alhamdulillah..ungkapan pertama dapat kulafazkan pada yang Maha Hebat. Kerna saat dan detik ini masih diberi kesempatan untuk menghirup udara pinjamanNya..Nikmat yang tak kan pernah terbayar walau sejuta lautan di berikan padaNya,bergunung di serahkan untukNya..tak kan pernah cukup untuk mengantikannya dengan nikmat yang tidak putus-putus dicurahkan untukku. Nak dibandingkan aku yang kerdil ni,yang selalu saja mendustakan janji2Nya. Namun, seulit kemaafan dan harapan sentiasa diharapkan padaNya serta diberi taufiq untuk sentiasa berada di landasanNya,insyaAllah...
Dalam menelusuri hidup seharian..suka,duka,pahit dan manis pasti akan dilalui oleh seorang hamba dalam meniti redhaNya..kadang2 di atas,kadang2 tersungkur di bawah..Namun itu semua perencah hidup serta asam garam untuk melatih hambaNya lebih matang dalam mengorak langkah hari-hari yang kian mencabar.Terutama IMAN..
Bila dibicarakan ujian dan kepayahan serta kesulitan yang dialami diri..tidak dinafikan batapa perit tuk diungkap..lidah ringan bicara,hati pedih tuk merasa. Sudah pasti air mata yang selalu menemani jua diiringi doa. Perasaan slama hidup yg ditempuhi ..rata2nya..saat ketika berlinangan air mata adalah saat yg paling tenang ku rasai..serta disulam dengan kesesalan dan harapan padaNya.Betapa aku rindu saat itu..Subhanallah…Daripada jernihnya setitis air mata. Sangat besar hikmahnya jika dapat muhasabah diri ini.
Air Mata.......ada kalanya penyubur hati, penawar duka dan ada kalanya ia menjadi buih kekecewaan yang menghimpit perasaan dan kehidupan ini. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor yang berlimpahan. Namun setitis air mata kerana takut kepada Allah SWT persis perata indah yang bergemerlapan terpancar dari segala arah dan penjuru. Penghuni syurga ialah mereka yang banyak mencucurkan air mata demi Allah SWT dan RasulNya, bukan semata-mata kerana harta dan kedudukan serta hal duniawi. Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat pula menangis kerana dunia yang datang. Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang batil… alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan (pemuja dunia). Dari mata yang mengintai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung akhirat yang dirasakan dekat, mengalirlah air mata keinsafan mengharap kemenangan serta rindu akan RasulNya.
“Penghuni syurga itulah orang-orang yang menang.” (al-Hasr:20) Tangis adalah basahan hidup. Justeru, hidup dimulakan dengan tangis, dicela oleh tangis dan diakhiri dengan tangis.. Manusia sentiasa dalam dua tangisan. Sabda Rasulullah SAW, “Ada titis yang Allah SWT cintai, pertama titisan darah para syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takut Allah SWT.
Nabi Muhammad SAW bersabda lagi, “Tangisan seorang pendosa lebih Allah kasihi daripada tasbih para wali.” Oleh itu, berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang membawa bahagia untuk selamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosanya adalah lebih baik daripada seorang ‘abid. Nabi Muhammad SAW bersabda, “Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih Allah sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.” Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulama’ dunia hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya. Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.”
Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal, bimbang tidak diterima ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar kita kosong daripada amalan. Lupakah kita? Sabda Nabi SAW: “Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis.” Kita gembira jika apa-apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau apa yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka.
Namun Allah SWT telah berfirman,
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH SWT mengetahui sedangkan kamu tidak.” (al-Baqarah:216)
Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak dikemudian hari kerana engkau belum tahu nasibmu dihisab kanan atau hisab kiri. Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, meyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafa’at Rasulullah SAW yang dikasihi Allah.
Kenangilah sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menagis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat. Menagislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata, “Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu. “Menangis Ummu Sulaim apabila ditanya, “Kenapa engkau menangis?” Jawabnya, “Aku tidak mempunyai anak lagi untuk ku kirimkan ke medan perang.” Menangislah seperti Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya memandang langit seumur hidup, lalu berkata, “Engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu.
Ibnu Mas’ud r.a berkata, “Seseorang yang mengerti al-Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur , dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya diwaktu orang lain ketawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusyuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al-Quran itu tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai bersuara keras dan marah.” Tanyakan kepada orang-orang yang soleh mengapa tidak berhibur. “Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami, kubur dihadapan kami dan perhentian kami ialah Allah SWT”
Subhanallah,Alhamdulillah,Allahuakhbar..sungguh besar titisan air mata itu hanya kerana Allah. Tak ternilai air mata dengan permatayang bisa memadamkan api neraka..wahai diri, sedarlah..sudah habis bicara kau ingin keluarkan??? Cukuplah ,cukuplah…jagalah bicaramu tatkala neraka amat gemar pada yg berlebihan bicara..na’uzubillah..Astagfirullah..sama2 ambil iktibar dan amal terutama untuk DIRI jua sahabat yang membaca nukilan ini.INSYAALLAH.. Moga diri sentiasa dalam lindungan dan lembayung rahmatNya.. ^^
~Dinukilkan oleh seorang adinda untuk semua yang singgah di sini. Semoga kita sama-sama beroleh hidayah, inayah, pertolongan , ketenangan dan hamba-hamba yang sentiasa mensyukuri nikmatnya~
Ahad, 1 Mei 2011
Memori
Satu hari cuba dijejak,
Membawa akhwat2 bersama.
Mengimbau kembali kenangan ketika di sana. Perasaan bahagia yang terucap kini. Walaupun di sana hanya sehari penuh sahaja. Kita yang merancang. Yang penting perancangan Allah juga mengatasinya. Dan di situ punyai berjuta ilmu dan hikmah. Perlu direnungi, diselidiki dan ditafsiri agar kita semakin hampir kepadaNya. Semuanya milik Allah swt. Mudah untuk kita perolehinya dan mudah untuk sesuatu yang mnjadi milik kita tiada di depan mata..Faham tak?? Maksudnya..sesuatu itu adalah hak milik mutlaknya ialah Allah. Mudah bagi Allah mengambilnya semula. Begitu juga dengan perasaan...ada rasa sedih..ada rasa gembira...rindu..dan cinta... Allah yang memberikan perasaan itu.
Satu mesej yang diperolehi oleh seorang 'kakak' "Carilah HIKMAH dalam setiap ketentuan TUHAN, supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran, setiap yang payah itu pasti ada KESENANGAN, setiap kesabaran itu pasti ada GANJARAN, jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tak siapa boleh beri HALANGAN, namun jika sesuatu itu bukan ditakdirkan untuk kita, pasti takkan kita dapat walaupun sudah dalam GENGAMAN"
Sebelum bertolak ke Melaka..terlakar indah juga program bersama akhwat yang disayangi. sama-sama berjaulah..sama-sama menziarah..sama-sama makan setalam..sama-sama bergaduh..sama-sama berperang. semuanya sama-sama. Adakah selepas ini akan sama-sama lagi.? InsyaAllah harapannya begitulah tetapi Allah sahaja yang tahu. Adakah kita masih bersama-sama atau sebaliknya? Ukhti ke selatan...Ukhti y ke barat..ukhti m ke timur dan ana ke utara?? mungkin dengan berpisahnya kita (kerana Allah) punyai hikmah yang lagi besar...pelajari ilmu yang lebih banyak. Jika itu terjadi...doa akan kutitipkan buat semua.
"Bisikku pada Tuhan yang SATU..Lindungilah sahabtku ini...Di setiap langkahnya, Di setiap hela nafasnya, Di setip kelip matanya, Di setiap degup jantungnya..Banyak yang ingin kupohon dan kuharapkan untuk dia tetapi jika satu sahaja yang dimakbulkan olehMu.."Lindungi IMAN di HATINYA kerana dengan IMAN yang ada, temanku pasti selamat di dunia dan akhiratnya...
Perlu diingat..dalam buku 'Quranic Law Of Atraction' yang ditulis oleh Rusdin S. Rauf ada menceritakan tentang doa, syukur dan sabar itu perlu diganding bersama-sama ibarat seperti nak buat air teh. Perlu masukkan sekali gula dan tehnya. Begitu juga dengan sabar syukur dan doa. ketiga-tiga komponen ini berkait rapat dan perlu wujud bagi membangunkan kebahagiaan dalam hidup ini. Doa, syukur dan sabar perlu dipadukan dalam satu gandingan. Jika berdoa mesti diselitkan dengan kesyukuran. Jika bersyukur perlu diselitkan dengan kesabaran.
Tentang syukur dan sabar ini terdapat dalam kata-kata Nabi Muhammad SAW, "urusan orang yang beriman sangat unik. Semua urusan baik bagi mereka. Perkara ini hanya dimiliki oleh orang-orang yang beriman, Jika dia mendapat kegembiraan, dia bersyukur dan itu baik baginya. Kalau dia ditimpa kesulitan, dia bersabar dan itu juga baik untuknya" ( Direkodkan oleh Muslim ).
Semoga kita beroleh kekuatan untuk menghadirkan sifat syukur, sabar dan doa. Kepada sahabat-sahabat seperjuangan ...kenangan indah bersam takkan pernah dapat lupakan. Gengamlah segala yang baik dan curahkan di tempat bumi yang dipijak atau bertapak. InsyaAllah Allah melihatnya. Kepada adinda Aisyah Mohd, Jazakillah membawa akak ke Pulau Besar, Melaka. Semoga akhwat yang lain akan cuba menjejakinya pula. Kepada akhwat PAMpro juga akak ingin melakarkan setinggi penghargaan sempana majlis terakhir untuk sem ini. kepada akhwat-akhwat yang tetap diingat, semoga kita beroleh hidayah Allah swt sentiasa dalam menghadirkan rasa Cinta dan Rindu kepadaNya. Jom membina adik-adik dan orang-orang di sekeliling kita untuk memperolehi juga kenikmatan Cinta Allah Cinta Rasul..CintaIbu Ayah dan Cintakan kebaikan..Wallah A'lam