Jumaat, 17 Disember 2010

^_^.....^x^




Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang, dimulakan penulisan ini, semoga apa yang tersurat dan tersirat akan diberi pimpinan dan petunjuk oleh Allah untuk difahami dan dicerna oleh minda.

Buat sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian,

Semoga sentiasa di dalam lembayung kasih sayang Allah s.w.t. di sepanjang meniti kehidupan yang sementara ini. Kesyukuran kepada Allah Ta’ala yang teragung kerana kita masih lagi diberi peluang untuk merasai, menikmati ,meniti hari ini dan melihat alam ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad s.a.w. serta keluarga, para sahabat dan seterusnya umat Islam yang sentiasa menegakkan Dinul Islam dengan penuh keikhlasan.

Tika gembira….Allah lebih tahu kita gembira…
Tika sedih….Allah lebih tahu kita sedih…

Dalam surah an Najm..surah 53, ayat 43 firman Allah yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis”

Terharu selepas membaca maksud ini. Memang benar semuanya. Kerana itu tidak pelik jika kita mendapat meseg yang menteteramkan daripada akhwat atau sesiapa sahaja walhal mereka tidak tahu kita dalam suarasa sedih atau gembira. Tetapi Allah yang tahu..Allah jua menggerakkkan manusia lain untuk memberi meseg atau nasihat itu. Kerana itu juga kita wajar untuk menyayangi semua orang. InsyaAllah dengan seizinNya.

Jadi mari kita lafazkan bersama-sama “kami saaayang Allah” “Allah saaayang kami”

Oleh itu, merupakan suatu kewajipan bagi kita untuk melaksanakan kewajipan kepada Allah yang telah mengurniakan sesuatu yang berharga kepada kita. Persoalannya apakah kewajipan yang harus kita laksanakan kepada Allah yang telah memberikan kurnia-Nya kepada kita? Jawapannya ialah hendaknya kita melakukan apa yang disuruh-Nya dan meninggalkan apa yang ditegah-Nya serta menunjukkan sikap sebagai pengikut Rasulullah s.a.w. yang tulus dan setia. Yakni menjadikan diri kita seorang mukmin yang sejati insyaAllah

Akhir kalam, sama-samalah kita berdoa moga Allah menetapkan hati-hati kita dalam keadaan iman dan Islam.



Untaian Kata Sayyid Qutub

“Bila kita hidup untuk diri sendiri, maka kita akan menemukan hidup ini amat singkat dan kurang bermakna, bermula dengan kelahiran kita di muka bumi ini dan berakhir dengan berakhirnya usia kita yang sangat pendek dan terbatas.

Bila kita hidup untuk orang lain atau untuk sebuah pemikiran, maka hidup kita akan menjadi panjang dan lebih bermakna, bermula dengan hadirnya perasaan kemanusiaan dalam diri dan terus berlangsung hingga datangnya hari kiamat.

Kita memang tidak mempunyai pilihan untuk tidak mati, tetapi kita masih mempunyai pilihan bagaimana dan untuk apa kita mati, husnul khatimal atau su’ul khatimah..”

Catatan:
Tulisan ini merupakan petikan surat yang ditulis dalam penjara.

Selasa, 30 November 2010

pergi tak kembali

Dalam suasana hiruk pikuk Bandar, suara menggamit kemajuan, disana masih ada yang hidup berpapankan kayu yang menunggu runtuh sahaja. Susah untuk digambarkan penderitaan yang dialami, namun pahit ubat tidak sekelumit dengan pahitnya liku kehidupan yang dihadapi keluarga ini. Keluarga yang dimaksudkan ialah, Allahyarhamah Siti Esah.

Siti Esah binti Mohamed(gambar), mahasiswi Tahun 3, Jabatan Syariah daripada Fakulti Pengajian Islam, UKM yang kembali ke rahmatullah disebabkan kecederaan parah akibat kemalangan jalan raya yang berlaku petang 12 November 2010 semasa mangsa dalam perjalanan pulang kekampung bagi menyambut Aidiladha berasama keluarga. Arwah merupakan anak sulung dari 9 orang adik beradik. Allahyarhamah tinggal di Kampung Permatang Rambai, Pasir Puteh Kelantan. Kehidupannya bersama ibu dan adik-adik amat memeritkan setelah pemergian ayahnya beberapa tahun yang lalu.

Hasil sara hidup keluarga hanya bergantung kepada hasil kerja menoreh getah orang lain oleh ibunya. Siti Esah diajar hidup dalam keadaan sentiasa dalam kesempitan hinggakan makan dan minum pun terabai. Beliau sentiasa mengamalkan puasa sunat Isnin dan Khamis dek kerana kuatnya pegangan agama dan juga dihimpit kekurangan makanan.

Secara ringkasnya, beliau , merupakan pelajar cemerlang disekolah. Ini dibuktikan dengan beliau dinobatkan pelajar terbaik peringkat sekolah dan nombor 4 yang cemerlang diperingkat kebangsaan dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia ( STAM ). Kemiskinan tidak menjadi alasan untuk dia berjaya dan juga mampu menjadi muslimat solehah.

Siti Esah merupakan harapan keluarga. Adik-adik yang masih kecil mengharapkan kakaknya ini bakal menjadi penyelamat untuk keluarga mereka. Ada adik Siti Esah yang tidak bersekolah kerana tidak mampu menampung kos perbelanjaan seharian. Ibu Siti Esah hanya mengharapkan bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan hasil perolehan jualan getah yang ditoreh. Menampung anak-anak yang ramai dan yang paling bongsu ialah yang berumur 2 tahun.

Pemergian Siti Esah cukup dirasai keluarga. Seolah-olah hilang sudah insan yang boleh diharap untuk keluarga meneruskan hidup. Ibunya cukup perit dan sengsara untuk menerima kenyataan bahawa anak harapan keluarga telah pergi bertemu pencipta. GAMIS mengucapkan takziah kepada keluarga dan mengharapkan ahli keluarga dapat menerima takdir Allah ini walaupun ia cukup pedih.

Alhamdulillah, wakil GAMIS berkesempatan untuk menziarahi keluarga Allahyarhamah dirumah beliau. Rombongan diketuai oleh Presiden GAMIS, Saudara Ahmad Syazwan dan Ahli Majlis Kerja GAMIS Pusat. Tidak ada perkataan yang boleh digambarkan apabila melihat rumah usang yang didiami keluarga. Dinding yang penuh berlubang, bumbung yang bocor, permukaan kayu yang sudah reput menjadikan kami rasa insaf akan nikmat yang diberikan Allah pada kami. Rumah Siti Esah tidak ada lansung peralatan elektrik, bilik hanya satu, dan terdapat 2 almari buruk yang menghiasi ruang.

Luluh dan runtuh hati kami melihat kedhaifan keluarga Siti Esah hingga melahirkan perasaan bertanggungjawab GAMIS untuk membantu keluarga beliau. Dengan usaha yang sedikit ini, diharapkan agar dpat membantu keluarga arwah. GAMIS telah bersetuju untuk melancarkan Derma Ihsan kepada keluarga Siti Esah melalui sumbangan daripada semua pembaca. Sumbangan barangan, makanan dan yang diperlukan dalam bentuk kewangan sangat dialukan. Disini dilampirkan nombor akaun ibu Siti Esah untuk disumbangkan terus kedalam akaun beliau:

Kamariah Binti Ismail

Bank Islam Malaysia Berhad : 030-900-02-003717-7

Untuk makluman, pihak jawatankuasa bertindak kampung telah bersepakat untuk mengusahan sumbangan bagi membina sebuah rumah baru yang lebih baik. Maka GAMIS turut bertanggungjawab untuk memohon derma dan sumbangan ikhlas dari mahasiswa mahupun orang ramai bagi meringankan beban keluarga arwah. Kos pembinaan rumah baru dianggarkan berjumlah RM 60000.

Moga derma dan sumbangan ini menjadi tanda kepada kita untuk menjadi seorang yang bersyukur dengan nikmat Allah yang dikurniakan. Sebarang sumbangan berbentuk material, boleh disalurkan ke pejabat GAMIS melaui Naib Presiden Kemasyarakatan GAMIS, saudara Nazry di talian : 014-2336200. Ihsan anda amat dialukan.

-dari pmum-kasturi89.wordpres.com-

Rabu, 10 November 2010

AYUH MENGATUR LANGKAH




Alhamdulillah masih boleh berkongsi suarasa seketika. Bersyukur kerana masih diberi ruang dan masa. bersyukur kerana masih sempat untuk membetulkan diri yang alpa, bersyukur masih punyai sahabat2 yang saling ingat mengingatkan dan bersyukur berada dalam organisasi dakwah kerana kita diikat dengan banyak hal yang asasnya ialah iman dan amal. Matlamat perjuangan organisasi dakwah diinspirasikan oleh al-Quran dan Sunnah, juga Sirah sebagai panduan. Dalam erti kata lain, perjuangan organisasi ini tidak dipandu oleh sesuatu yang bersifat materialistik mahupun duniawi.

Bahkan antara asas penting yang menyatukan para pendokong dakwah ialah ukhwah, sesuatu yang tidak cukup diterjemah sekadar dengan butiran kata mahupun bait tulisan. Serendah-rendahnya berlapang dada, setinggi-tingginya ialah itsar. Kata seorang akhwat, “ ukhwah itu adalah tali yang mengikat hati-hati para du’at, sekiranya ia tidak dikenali dan terputus, maka akan bercerailah hati-hati tersebut dan itulah bahana yang paling buruk dalam dakwah ini”. Nilai ukhwah ini tidak dapat ditukar dengan apa sekalipun, kerana kesannya pada hati membekas buat selamanya sekali ia terpaut.

Semua manusia pernah disentuh atau tersentuh dengan tarbiah. Tarbiah mengajar banyak perkara berkaitan kekuatan akidah, ikatan hati dan ukhwah. Semuanya mudah dengan petunjuk Allah terutama kepada mereka yang mendapat hidayah dan petunjuk untuk menggabungkan diri dalam gerabak dakwah. Kerana kemanisan ukhwah itulah yang pertama sekali dirasa. Senyuman dan kehangatan sambutan akhwat dirasakan seolah-olah sudah lama dikenali, megajak dan sentiasa mengingatkan kita kepada Allah. Bersama-sama!, mungkin ada yang tertanya ‘masih ada orang sebaik mereka di dunia ini?’. Kemesraan ini sukar sekali untuk dilupakan kerana kita dihiburkan dengan kemanisan ukhwah di atas iman, berbeza ukhwah bukan keranaNya.

Sabtu, 6 November 2010

FRIENDSHIP NEVER END




Definisi Ukhuwah Dari segi bahasa : berasal dari perkataan akhun yang membawa erti saudara,teman,sahabat dan lain-lain lagi.

Dari segi istilah : Menurut Al-Quran : Perasaan kasih sayang,tolong menolong,Bantu membantu, bertolak ansur bermesra dan cinta mencintai diantara sesama umat Islam tanpa terkecuali, Allah berfirman “Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara , maka damaikanlah diantara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat” (surah al-Hujurat : 10)Menurut hadis : Seperti tubuh badan ,darah daging, dan roh umat Islam sendiri .

Rasulullah s.a.w bersabda “ Daripada Nu’man bin Bashir r.a : Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Perbandingan orang-orang mukmin pada kasih sayang mereka adalah seperti tubuh badan uang satu , apabilah satu anggota berasa sakit seluruh badan akan turut merasainya.”

Menurut As-Syahid Imam Hassan Al-Banna : Hati dan jiwa ditautkan dengan akidah.Akidah adalah hubungan yang paling ampuh dan beharga persaudaraan adalah saudara iman dan perpecahan adalah saudara kufur.Kekuatan yangnpertama adalah kekuatan perpaduan.Perpaduan tidak akan wujud tanpa kasih sayang.Rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada dan yang paling tinggi ialah mengutamakan orang lain.

Menurut Imam Ghazali : Ada 4 kategori :

1-Ukhuwah dijalinkan atas dorongan keseronokkan seperti paras rupa,tingkah laku dan sebagainya

.2- Untuk kepentingan diri (peribadi) untuk tujuan kebendaan di dunia tak lebih dari itu

.3- Untuk kepentingan akhirat semata-mata seperti pencinta ilmu mengesihi guru dan para ulamak bukan untuk mendapat keuntungan kebendaan didunia tetapi untuk mendapatkan iman dan taqwa yang pasti dapat menyelamatkan dari azab api neraka di akhirat.

4- Persaudaraan yang diikat erat daripada kesedaran iman dan taqwa kepada Allah. Terjalin semata-mata patuh dan taat , menyembah dan menyerah diri kepada Allah.

Prinsip-prinsip ukhuwah

1- Perdamaian atau hubungan yang baik , saling bermaaf-maafan dan tidak terlalu sensitif.

Firman Allah : “Maka hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan perbaikilah hubungan antara kamu dan taatlah kepada Allah dan Rasulnya sekiranya kamu orang-orang yang beriman “ ( surah Al-anfal : 1 )

2- Saling kasih mengasihi dan cinta mencintai ke arah mengeratkan lagi ikatan ukhuwah

.Firman Allah : “ Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebaikkan sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kau cintai dan apa sahaja yang kamu nafkahkan , maka sesungguhnya Allah mengetahuinya” ( surah Ali Imran : 92 )Allah menjelaskan bahawa kasih sayang dan cinta mencintai antara satu sama lain boleh dipertingkatkan melalui sedekah.Kasih sayang dapat disuburkan sehingga mencapai taraf yang paling tinggi jika ornag-orang kaya mengorbankan segala sesuatu yang paling disayangi untuk membela nasib golongan malang.Apatah lagi jikalau kita mengorban sesuatu untuk kemaslahatan dakwah.Ukhuwah yang disandarkan atas dasar untuk kepentingan umat Islam(dakwah) adalah yang paling utama.

3- Persamaan yaitu ikatan ukhuwah akan terus kukuh jika manusia merasai atau mempunyai sifat persamaan diantara satu sama lain.

Tidak ada beza diantara kita kecuali ketaqwaan kita kepada Allah dan ketaqwaan tidak dapat dinilai oleh manusia tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui.

Asas-asas ukhuwah

1- Akhlak yang mulia : - Berkata benar , menjauhkan diri dari perkara mungkar , penunaian janji , tolong tolong menolong , rendah diri dan lain-lain.

2- Ikhlas - Hanya orang ikhlas sahaja yang dapat mengorbankan segala-galanya untuk menyempurnakan hidup berukhuwah . - Ikhlas akan melahirkan insan yang berkhidmat tanpa noktah akhir

3- Amanah - Orang yang tidak amanah adalah orang yang mempunyai ciri-ciri orang munafiq - Allah telah memberikan amanah kepada manusia untuk memakmurkan ala mini4- Belas kasihan - Sifat ini dianggap cukup penting kerana tanpa sifat ini menyebabkan masyarakat masyarakat manusia menjadi masyarakat binatang yang suka melakukan kekejaman dan penindasan apabila ia berkuasa melakukannya.

Kelebihan ukhuwah

1) Termasuk di dalam 7 golongan yang di janjikan dalam hadis sebagai golongan yang akan mendapat lindungan paying Allah di akhirat kelak.

2) Allah amat kasih kepada hambanya yang berkasih sayang kerana Allah

3) Orang yang berkasih sayang di janjikan dengan balasan syurga

4) Sebaik-baik amal dan iman ialah kasih kerana Allah dan benci kerana Allah

5) Akan diberikan kekuatan yang luar biasa akibat daripada ukhuwah yang diamalkan seperti kemenangan umat Islam di banyak peperangan pada zamanNabi Muhammad s.a.w

Adab-adab ukhuwah

1) Mengutamakan sahabat dengan harta bendanya. Jika tidak mampu dia berikan apa yang lebih dari hajatnya

2) Bersegera membantu sahabat yang memerlukan bantuan kita

3) Menyembunyi rahsia sahabatnya

4) Menutup keaiban sahabatnya

5) Meninggalkan berbantah-bantah

6) Tidak suka sindir menyindir dan perli memperli

7) Sentiasa mendoakan sahabatnya didalam senang dan susah

8) Sentisasa melafazkan dengan perkataan “inni uhibbuki fillah” yang bermaksud sesungguhnya aku mencintai kamu kerana Allah

9) Sentisa bertanya khabar melalui sms , email dan sebagaunya.

10) Tidak mengabaikan sms dari sahabatnya

11) Sentiasa mengucapkan terima kasih diatas bantuan yang diberikannya

*****************************************************

ukhwah...
tidak akan pernah berakhir....
walaupun kenderaan yang kita naik tidak sama...
kita menuju ke tempat yang sama....
di sini hati kita tertaut....
menggapai cinta dan redha Ilahi....
walau di mana kita berada....
Allah tujuan kita...
Rasulullah SAW teladan kita....
al Quran pedoman hidup kita...
jihad jalan hidup kita...
shahid cita-cita tertinggi kita..
itulah persamaan kita...
persamaan akidah...
SubhanaAllah...
Allah yang menemukan kita ukhtifillah..
Sungguh hebat Allah..syukur padaNya kerana kita pernah dipertemukan..
moga ikatan ini kan bersemi selama-lamanya.

Khamis, 4 November 2010

Hitam itu menawan



motorku....kenderaanku....yang disayangi..

Alhamdulillah pertamanya kesyukuran hanya layak untuk Allah kerana segala nikmatnya.

motor ana...gembira hati ini tatkala pulang dari kampung ke rumah sewa...kerana apa???
kerana ingin melihat motor pemberian abah ini yang baru ditukar cover setnya....pemberian dari Allah swt kepada hambanya yang tiada apa2 pun..motor inilah yang menjadi wasilah penghubung dengan kampus rutin harian saban hari...biarpun ia tak sehebat motor2 yang laen tetapi bagi ana ia memberikan 1001 makna yang amat bewarna-warni...namun, tanpanye ana boleh lagi untuk menaiki kenderaan yang lain. ia bukan segala-galanya.

bertukar warna....jika dulu warnanya maroon...ada yang cakap ungu...ishk3 memang banyak warna..kini menjadi warna hitam..he..sayang padamu..kapchai yang selalu menemani ana ke mana2...biarpun ke lorong yang gelap atau pun ke jalan yang penuh cahaya berkilauan...terhenti tiada minyak...memberikan kegembiraan di dalam kedukaan..

walaupun motor tidak bernyawa tetapi ia dapat memberikan roh dalam diri ketika menaikinya..semangat membara untuk sampai ke destinasi..jika ia rosak, perlu dibaiki dan dielokkan...untuk terus mara ke hadapan...begtulah dunia ini..semangat itu perlu dalam melaksanakan ibadah dan amanah...perlu disertai ilmu..perasaan dalam ibadah...amat2 perlu untuk melahirkan takut dan harapan akhirnya..jika semangat dan ilmu itu tiada atau rosak..perlu digali...dicari...ditanya..insyAllah diamalkan dan dilaksanakan.!

semoga pemberian dari abah ini memberi keberkatan dalam mencari redhaMu ya Allah.

Isnin, 1 November 2010

cinta teman

Selamat bertemu kembali kepada semua. moga semuanya sihat, gembira, tenang, berlapang dada dalam setiap perkara dalam kehidupan. lama tidak menulis...teringin untuk letakkan kata2 indah ini di pagi yang tenang dan mendamaikan hari ini.

Seindah mutiara di dasar laut, begitulah indahnya ukhwah krn Allah. Buat teman yang sudah lama tidak bertautan. Kenangilah kenangan yang diukirkan. Doa iringan pengikat hati yang berjauhan. Jgn lupa tatkala jiwa ini mengikat dan berjanji untuk menjadi teman. Maka tiada lagi alasan untuk memutuskannya. Tiada jarak yang bias menjauhkan. Selagi jasad masih memegang roh. Persahabatan ini akan terus mekar, biar tidak kelihatan pada zahir pandangan. Asalkan dalam hatiku dan hatimu teman ia mekar dan tidak layu lagi. Diri ini sangat merindukan, suara dan katamu yang sekian lama hilang. Peliharalah ukhwah ini bersama kasihnya…..dari akhwat untuk akhwat FILLAH..

Isnin, 19 Julai 2010

Al Quran



sudah lama tidak dinukilkan di sini. mungkin kerana takut banyaknya tulisan tetapi tidak sehebat amal yang dilakukan..mungkin bimbang nawaitu tidak seikhlas seperti dulu ketika mencoretkan tinta-tinta terindah di sini. kesyukuran yang tidak pernah bertepi kepada Allah di atas setiap kegembiraan, kekecewaan, ketenangan, kesedihan dan kesabaran yang diberikan dalam menempuhi perjalanan yang singkat ini.Kerana dengan itu telah mewarnai lukisan hidup dan mencorakkan sifat mahmudah yang wujud dalam diri...insyaAllah. segala yang berlaku milik Allah yang akan berlaku jua milik Allah dan yang terus berlaku juga milik Allah swt. kerana Allah yang menghadirkan kita dan segala macam keindahan di dunia ini kepada kita. dengan lukisan2 tersebutlah sebenarnya memberi impak dalam diri dan jiwa kita sebagai hambanya.

dalam sekelip mata...banyak perkara yang berlaku tanpa diminta.. Namun, sebenarnya itu adalah yang terbaik buat semua kerana perancangan Allah itu lebih hebat dan penguasaanNya yang melebihi dari segalanya. jika dulu diri ini bukanlah seorang yang seperti ini..makin belajar....belajar....belajar menempuhi kehidupan. diri ini jua banyak belajar tentang kasih sayang, ukhwah, sabar, redha dan tawakal. kalau dulu sifat marah sering menguasai diri...tetapi kini insyaAllah bukan tiada tetapi semakin berkurang... kerana apa perkara itu terjadi sahabat2.

Tak lain tak bukan ianya kerana Al Quran itu sendiri. benarlah persanan Rasulullah saw kepada kita: "tidak akan sesat jika pegangnya kita dengan dua perkara yakni al Quran dan as sunnah". bacalah al Quran kerana melaluinya kita beroleh ketenangan perasaan dari perkara yang mengusutkan, kelapangan dada dari perkara yang menyesakkan, ketenteraman jiwa dari debaran yang bersangatan. Bacalah keluargaku, teman2ku, sahabatku, akhwatku serta semua umat Nabi Muhammad dan sentiasa untuk membaca jua sirah2, hadith, tafsir dan praktikalkan bersama...insyaAllah. salam sayang untuk semuanya...:D

Isnin, 7 Jun 2010

hiba



segala kesukuran kepada Allah atas segala nikmat yang masih diberikan oleh Allah swt. selepas insden yang berlaku di perairan gaza baru-baru ini telah mencetuskan kemarahan yang tidak terhingga kepada diriku sendiri dan seluruh rakyat sedunia. terasa nafas begitu sukar setelah membaca kekjaman yahudi laknatullah dari hari ke hari tak pernah terhenti. bulu romaku juga menjadi tegang setelah mengetahui kesengsaraan yang berlaku pada saudara seislam..sejak dahulu lagi penderitaan itu terjadi..tetapi hati ini dipagut rasa hiba malam tadi..kesedaran yang membuatkan diri menjadi geram dan semangat untuk menjadi salah seorang yang berjaya mati dalam kemuliaan.....syahid fi sabilillah.betapa ingin tangan ini melibas2 pihak yahudi laknatullah supaya rebah tersungkur..namun itu semua adalah jeritan hati yang terlalu kecil,kerdil. moga Allah swt menguatkan hati orang-orang Islam yang sememangnya mampu untuk melalui kesengsaraan itu di sana malah kekuatan yang luar biasa hadir dari mereka. ALLAH AKHBAR. Dan juga kita orang-orang Islam di seluruh dunia..semoga diberi kekuatan untuk sentiasa mendoakan sahabat seperjuangan Islam di sana.

Ahad, 25 April 2010

Pandangan Allah



Segala puji bagi Allah swt, Tuhan semesta alam, dan selawat dan salam sejahtera buat Rasulullah SAW, para tabien, para ulama dan para kekasih Allah yang telah banyak mengorbankan diri mereka demi untuk melihat umat manusia terus menerus tidak terlena dengan mainan dunia.

Iman Nawawi telah menyatakan bahawa zaman manusia ini terbahagi kepada 4 bahagian;
1) Zaman orang yang sedikit bercakap tetapi banyak beramal – zaman Rasulullah SAW dan para sahabat
2) Zaman orang banyak bercakap dan banyak beramal – zaman tabien
3) Zaman orang banyak bercakap dan kurang beramal
4) Zaman orang tidak bercakap dan tidak beramal

Mereka yang sudah makrifatuLlah (benar-benar mengenal Allah) sahaja akan merasai ketenangan apabila datangnya panggilan Tuhan yakni sakratulmaut, sehingga dia merasai kelazatan apabila kembali kepada Allah swt, ibaratnya seorang yang terlampau dahaga lalu diberi minuman. Manakala mereka yang hatinya tidak disucikan dengan nur makrifat, hati mereka penuh dengan sifat-sifat kekotoran (mazmumah), mereka menemui Tuhan dengan penuh penyelesalan dan tangisan.


Berkata Imam al-Ghazali di dalam kitab Minhajul ‘Abidin, ramai manusia yang meninggal dalam keadaan berdosa besar. Mereka tidak bertaubat dengan maksiat batin seperti dosa cinta dunia, takabur, hasad, dendam, bakhil dan tamak. Mereka takut dan bimbang apabila didatangi maut, ruh mereka masih kelam dan buta tentang Tuhan, mereka mati dalam keadaan azab kecuali diberi rahmat oleh Allah.



Segala penilaian Allah pada diri insan ini adalah hati. Allah tidak melihat amal (solat) beribu rakaat atau sedekah berbillion ringgit, (tetapi) Allah menilai keikhlasan hati. Allah tidak mengharamkan kita mengambil dunia tetapi Allah melarang kita mencintainya. Justeru itu, selamatkanlah diri dari bahaya yang berada dihadapan dengan menumpukan (kepada) ilmu yang memberi manfaat, ilmu yang memberi keselamatan di akhirat nanti.

Allah tidak memandang banyaknya hafalan, banyaknya hujah, banyaknya kitab, banyaknya ilmu, banyaknya tulisan blog, sijil dan anugerah tetapi Allah melihat ketulusan hati, Allah melihat kehambaan, Allah melihat benarnya yakin padaNya, benarnya tawakal padaNya, benarnya sabar kepada takdirNya, benarnya syukur pada nikmatNya, benarnya zuhud, benarnya cinta padaNya, benarnya dalam tawaduk, benar dalam ibadah, benar dalam keikhlasan, benar dalam berdakwah kepada manusia. Hatinya tidak menyenangi sesuatu yang lain dariNya, ia melakukan dakwah dan jihad adalah kerana tanggungjawab agama, bukannya untuk kesenangan nafsu, bukan kerana suka pada pujian, suka dikenali, suka manusia mengetahui kelebihan dirinya, suka diziarahi oleh manusia, suka didampingi oleh mereka yang berpangkat dan berharta. Semua sifat-sifat batin di atas menjadi keutamaan penilaian Allah.

Jika tidak berhati-hati dan bersungguh-sungguh menyucikan hati, nescaya akan dibuka pekung dadanya di akhirat nanti.

Firman Allah :
“Pada hari yang dibuka segala rahsia (hati kamu).” (At-Tariq : 9)

Mereka akan ditimpa bala, mereka akan dicap munafik, amal ditolak dan Allah berpaling dari mereka. Mereka yang tenang menghadap Allah di akhirat adalah (yang memiliki) hati yang salim (sejahtera), mereka yang tenang ketika dipanggil oleh Allah ialah (yang memiliki) Nafsu Mutmainnah.

Firman Allah :
“Wahai nafsu yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan kamu redha dan Allah meredhai kamu, maka masuklah kamu ke dalam (jamaah) hamba-hambaKu, dan masuklah kamu ke dalam syurgaku.” (Al-Fajr : 27-30)

Ya Allah Ya Tuhanku, lemahnya daku dalam mencari kehambaan terhadap-Mu.....ampunkanlah daku....

Rabu, 10 Mac 2010

Kenali diri??



Bismillah..
Siapakah diri kita???
adakah kita mengenali diri kita???
sejauh mana kita mengenali diri kita????

mengkoreksi diri..................
...........................................

"Dan janganlah kamu seperti orang-orang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik." (QS 59:19)

Di sini Allah mengatakan bahawa melupakan Nya menyebabkan kita melupakan diri kita sendiri, dan akhirnya membawa kepada kerugian diri kita...

siapakah Allah??
adakah kita mengenali Allah??
sejauh mana kita mengenali Allah??

Jelas ayat al Quran yang mulia menyatakan tentang pengenalan diri meliputi pengetahuan tentang Allah. Dan orang yang melupakan Allah, akan meupakan dirinya pula. wahai diri dan sahabat-sahabat yang sentiasa dirahamati Allah sentiasa,,,insyaAllah. Jelas menunjukkan apabila kita bertekad untuk mempelajari tentang Allah, jalan terbaik adalah kita kenal siapa diri kita dan mempelajari diri kita..

Kalam Allah dalam surah al maidah
"Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu;tidaklah orang yang sesat itu akan memberi mudarat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk..." (QS 5:105)

Dalam ayat ini Allah memimpin kita untuk berhati hati terhadap diri kita sendiri dan memperhatikan diri kita. sememangnya banyak nikmat yang Allah berikan pada hambaNya... hamba yang tidak punya apa-apa...malah Allah yang maha penyayang memimpin untuk diri kita...membawa kita bagaimana untuk mencapai keselamatan nun di akhirat yang kekal abadi...beserta kebahagian yang hakiki..bersama Rasulullah dan sahabat-sahabat yang terpuji....insyaAllah..

kita sememangnya harus berhati-hati tentang kebaikan roh kita, sedar akan penyakit-penyakit jiwa kita, dan bagaimana menyembuhkannya...di sini kewajipan kita yang pertama adalah menjaga rohani kita. Dengan kenalnya diri kita, insyaAllah Allah akan memberi kefahaman dalam diri kita perlunya bertanggungjawab secara sosial seperti amar ma'ruf nahi mungkar dan saling nasihat menasihati.

Dalam Islam menjga diri...menjaga batin...menjaga hati kita berkait rapat dengan menaruh keperihatinan terhadap kesejahteraan masyarakat..malah, masyarakat yang berada di sekeliling kita sangat dapat mempengaruhi diri kita...mungkin kita dapat melemahkan atau menguatkan keimanannya...

"Dan Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri,sehingga jelaslah bagi mereka bahawa itulah kebenaran" (QS 41:53)

Jumaat, 5 Februari 2010

Kekuatan itu dari mana???



Assalamualaikum buat semua yang tak pernah dilupai..terutamanya pemberi segala nikmat Allah swt yang sentiasa diingati, insyaAllah. selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw, para sahabat baginda, keluarga baginda, tabi' tabii'n serta semua umat nabi Muhammad saw yang masih lagi berpegang pada kalimah La Ilaha IllAllah Muhammadur Rasulullah dan muslimin muslimat,mu'minin mu'minat umumnya.

Sudah lama terasa tangan ini tidak menaip untuk dititipkan di blog ini. Bukan terlalu sibuk kerana masa itu sebenarnya banyak yang Allah bagi cuma bagaimana mengurus masa itu perlu berbalik kedalam diri ana sendiri. Dalam menelusuri jalan di dunia ini bayak wasilah yang kita ada untuk mendekatkan diri dan meningkatkan iman dan amal kita.

Di sini ana ingin berkongsi satu lirik yang dinyanyikan Maher Zain yang bertajuk InsyaAllah. segala permasalahan, kesibukan, assighment, dan segala macam yang berlaku dalam diri kita ingatlah semua itu datang dari Allah. Allah ingin menguji adakah kita sabar? adakah kita kuat? adakah kita terima @redha? adakah kita main2? semua untuk diri kita. Melatih diri menjadi seorang yang sabar, kuat, tabah, dan banyak lagi sifat2 yang mana semua itu terdiri dari nama Allah itu sendiri. Dalam surah yang ke (59:21-24). insyaAllah semoga kita mampu untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya...amin...

Maher Zain-InsyaAllah

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way

Ahad, 20 Disember 2009

Solat Khusyuk




Assalamualaikum kepada sahabat2 seperjuangan yang disayangi dan diingati, teman2 yang tidak putus2 memberikan kata2 semangat serta keluarga yang disayangi kerana Allah semuanya. Pertama untuk diingat di dalam diri serta sahabat yang membaca tinta ini agar diluruskan segala niat kita bagi menepuhi segala keindahan dunia yang sementara ini dengan mata hati kita. InsyaAllah. Semoga Allah memudahkan segala urusan dan kita dapat istiqamahkan diri kita dalam berbuat amal kebajikan.
Sudah lama ana tidak mengisi di blog yang sederhana ini. Alhamdulillah sedikit waktu ni ana nak menukilkan segala yang bermain di hati. Bersempena dengan awal Muharram pada hari ini, ana nak mengucapkan kepada semua salam penghijrahan. Mungkin dari tidak baik kepada lebih baik, dari baik kepada yang lebih baik. Mungkin dahulu kita pernah kedekut untuk keluarkan duit untuk berinfak, sekarang lebih berhati2 dalam menggunakan harta yang diberi. Infaknya mungkin lebih senang dikeluarkan daripada membeli untuk kegunaan sendiri. Penghijrahan itu bukanlah mudah tetapi memerlukan pengorbanan agar yang terhasil itu manis semanis madu, indah selembut sutera.

Mungkin dahulu dalam melakukan solat, kita teringatkan hal-hal indah duniawi walaupun sebenarnya Allah tidak memandang langsung dunia. Benarlah Allah sudah mermberikan peringatan dalam al Quran Karim dalam surah al Ankabut dalam ayat yang ke 35 yang bermaksud:
45. bacalah serta Ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa Yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan Yang keji dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa Yang kamu kerjakan.
Marilah sama-sama kita mengkoreksi diri sendiri adakah solat kita benar2 mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar. Allah sudah mengatakan dalam Al Quran tentang solat dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Menunjukkan di sini betapa pentingnya solat dalam kehidupan kita. Faktor utama masih wujudnya perbuatan keji dan mungkar adalah disebabkan lalai dalam solat kita sendiri. Solat yang kita lakukan dari terbit fajar, di waktu tengahari , di kala petang menyinsing dan di sehinggalah malam melabuhkan tirainya. Betapa solat itu hidup dalam kehidupan kita. Namun jika kita yang tidak berusaha menghidupkan solat kita celakalah diri kita. Dalam al Quran yang mulia (107:4-6) firman Allah yang bermaksud dalam surah al Maun:

4. Maka Kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang -5. (laitu) mereka Yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;6 (juga bagi) orang-orang Yang berkeadaan riak (bangga diri Dalam Ibadat dan bawaannya),
“Dalam ayat 4.. Allah mencela orang yang bersolat. Bukankah pelik, walau kita bersolat, yakni beribadah tetapi kita masih dicela oleh Tuhan kita. Jelas dalam ayat ke 5 Allah berfirman “iaitu orang-orang yang lalai di sekitar solat mereka”.. “Kalau tengok perkataan Arab ‘an solaatihim, Allah tidak meletakkan fi solaatihim yang bermaksud ‘dalam’ solat mereka. Tetapi Allah cela orang-orang yang lalai di ‘sekitar solatnya’, iaitu di luar solatnya dia lalai. Jadi hanya solat yang benar-benar hidup mampu menjaga diri kita dari perbuatan keji dan mungkar selepas kita solat.



Sama juga seperti kita mengikut halaqah atau usrah atau menghadiri program. Bukanlah hanya di dalam halaqah, usrah atau program kita bersemangat tetapi semangat itu juga mesti hadir selepas kita menghadiri program atau halaqah. Solat begitu penting wahai sahabatku. Penyelesaian terbaik ialah memahami ayat yang dibaca ketika solat, melahirkan perasaan kasih dan sayang kepada Allah, nikmat-nikmat menggunung yang telah diberikanNya serta kebesaranNya dalam setiap aspek kehidupan kita sebelum melakukan ibadah solat mahupun ibadah-ibadah yang lain. Itulah waktu terbaik kita hendak mengadu, meminta dan berkomunikasi dengan Pencipta kita Rabbul Jalil.
Contoh yang berlaku kepada sahabat Rasulullah Iaitu Urwah az Zubair tentang khusyuknya dalam solat jelas menunjukkan betapa solat itu menjadi satu perkara penting dalam membina hubungan dengan Pencipta kita Allah subhanahu Taala. Ana menitipkan rentetan cebisan cerita dari anak Zubair al Awwam ini.
Setelah beliau berdiri solat dan fikirannya hanya terpusat pada Allah sebagaimana biasanya, doktor segera memotong kakinya, sedangkan ia tidak merasa kesakitan, bahkan badannya tidak bergerak sedikit pun. Pada malam itu juga anaknya meninggal kerana disepak kuda. Urwah berkata:
” Ya Allah, segala puji bagiMu, aku mempunyai empat kaki dan tangan, kemudian Engkau ambil satu. Kini hanya tinggal tiga. Dan aku mempunyai tujuh anak, kemudian Engkau ambil satu, kini mereka tinggal enam orang. Jika Engkau tiba-tiba memberi penyakit setelah memberi kesihatan, dan jika Engkau mengambil apa yang telah Engkau berikan, maka segala puji hanya bagiMu, Ya Allah”
SubhanaAllah kagum terhadap Urwah yang tenang, sabar dan sangat bersyukur dan hanyut dalam mahabbah kepada Allah sehingga bila ia solat, maka hati dan fikirannya hanya terpusat kepada Allah semata dan melupakan semua yang ada di sekitarnya. Bila kita fikir-fikir, bila Allah uji kita dengan mengambil sesuatu dari kita, kita kena sabar, terima dengan redha, syukur Allah dah pinjamkan nikmat tu untuk kita walaupun seketika.

Selasa, 10 November 2009

Masalah Dalam Menempuhi Perjalanan



Untuk seketika ana ingin mencoret sedikit memikirkan selepas ini ana lame tidak akan menulis di sini sebab cuti sem yang kian hampir. Ana akan pulang dan tak dapat banyak meluangkan masa di sini. Mungkin banyak meluangkan masa dengan keluarga yang dirindui. Ana ingin mencoret sedikit bisikan nurani yang ana terjumpa sepanjang ana tidak menulis di blog ini. Ada sedikit cerita yang ana ingin bawakan bersama..

Zainab menyepi seketika di birai tingkap biliknya. Banyak yang difikirkan...semuanya bercantum menjadi satu perasaan sedih. Masalah dalam diri dirasakan begitu bertimpa-timpa sehingga merasakan diri begitu sepi, mendung dan ingin mengeluarkan titisan air mata. Sapaan lembut Fatimah menyedarkan Zainab dari lamunan. "kamu ada masalah?" fatimah bertanya. Sapaan dan suara yang begitu mengambil berat dari Fatimah membuatkan air mata yang lama tersimpan bertakung dan mengalir perlahan. Fatimah membiarkan dahulu. Hanya terdengar bunyi dari jam dinding biliknya berdetik yang tak pernah berhenti. Tidak lama Zainab bersuara "terima kasih fatimah" setelah kesedihan yang dialami kembali reda. "tak nak berkongsi cerita" tanya Fatimah yang agak kehairanan dengan tindakan Zainab.

"Sebenarnya ana mengalami masalah dan ana tahu semua orang ada masalah. Cuma mungkin masalah yang dihadapi berlainan mengikut kemampuan kita".Zainab memulakan cerita."Ana tahu semua masalah berpunca dari hati dan masalah itu akan selesai dengan adanya ubat bagi hati kita". "apa ubat bagi hati"? tanya Zainab kepada Fatimah. Fatimah mengikut rentak Zainab. "ubat hati ada lima. yang pertama baca alQuran dan maknanya. Yang kedua dirikan solat malam, banyakkan berpuasa, panjangkan zikir di malam yang hening dan yang terakhir berkumpul dengan orang yang soleh. Ana tak tahu apa yang bermain di fikiran anti sekarang tapi ana hairan sebab anti kan ada masalah? Masalah anti dah selesai ke?" tanya Fatimah tenang. "dah selesai masalah ana" jawab Zainab bersahaja sambil mengukir senyuman. "kalau begitu ana nak ajak anti makan bersama malam nie. ana belanja" Fatimah berseloroh.



Zainab dan Fatimah saling memberi nasihat, melontarkan idea dan menceritakan segala yang berlaku. Masalah yang sebelum ini menghimpit Zainab bagai dibawa terbang oleh angin malam itu.Sebelum Fatimah berangkat, Zainab memberitahu sedikit perkara yang membekas dalam jiwanya. Setiap yang hidup pasti akan mati. Allah yang menghidupkan dan Dia juga yang akan mematikan kita. Begitu juga dengan masalah. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Allah yang memberi masalah dan Dia juga yang menyelesaikannya. Kita ada berjanji untuk berjumpa hari ni? tanya Zainab. Pantas Fatimah menggeleng. Perjumpaan kita telah dirancang oleh Allah swt yang mana lebih mengetahui perasaan yang ana alami. Dalam Al Quran dalm surah Qaf ayat yang ke 16 yang bermaksud:

16. dan Demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa Yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.

Bukankah berkumpul dengan orang soleh merupakan ubat hati? Segala masalah ana hilang insyaAllah dengan hadirnya anti ke bilik ana. Masalah yang ana hadapi terubat dengan kehadiran anti. Hati ana begitu lapang dengan kehadiran anti walaupun sebelum ini ana ada masalah. Mungkin ini berkat doa anti dan orang-orang ada di sekeliling kita. Wajar untuk kita hadapi masalah tetapi anti kene ingat banyak masalah orang lain lagi kita perlu fikirkan. Jika kita sibuk dengan masalah kita, masalah orang-orang yang dekat dengan kita yang mencurahkan masalah mereka kepada kita siapa yang nak dengar, siapa yang nak bagi semangat jika kita terus hanyut dengan masalah yang kita alami? Kita lah yang akan menjuadi pendengar yang baik, menjadi penyelesaian bagi setiap permasalahan walaupun kita tidak memberi penyelesaian yang terbaik tetapi sekurang-kurang kita dapat mengurangkan beban masalah yang mereka tanggung, insyaAllah dan perlu kita ingat dan berdoa kepada Allah agar dapat mengilhamkan tutur kata yang baik,semangat yang memberi kesan kepada hati kita dan mereka.

Fatimah tenang mendengar luahan dan nasihat sahabat baiknya itu. Sememangnya dia tahu Zainab seorang yang tabah, sabar dan seorang sahabat yang banyak memberi dorongan dan nasihat. Sungguh hebat ukhwah kerana Allah kerana ia tidak boleh dijumpai di mana-mana, tidak boleh dibeli dengan harga pun yang boleh memimpin kepada Allah swt. "erm terima kasih di atas penghargaan anti tentang diri ana walaupun ana tak menyelesaikan masalah anti tetapi anti menghargai ana. Ana teringat hadith yang ke 36 tentang balasan orang yang meringankan beban orang lain. Huraiannya yang bermaksud:

Dari Abu hurairah ra.,Nabi saw bersabda, "Barangsiapa melepaskan seseorang mukmin dari penderitaan-penderitaan dunia, niscaya Allah akan melepaskan darinya penderitaan-penderitaan hari akhirat. Barangsiapa menutup aib seorang muslim maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan sentiasa menolong seseorang hamba, selama hamba itu sentiasa menolong saudaranya. Barangsipa menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di satu rumah di antara rumah-rumah Allah untuk membaca kitab Allah dan mempelajarinya bersama-sama kecuali akan turun kepada mereka ketenteraman, rahmat Allah akan menyelimuti mereka, dan Allah akan memuji mereka di hadapan (para malaikat)yang berda di sisiNya. Barangsiapa yang amalnya kurang maka tidak akan disempurnakan oleh kemuliaan nasabnya..(hadith riwayat Muslim)

"SubhanaAllah, sungguh hebat kan ganjaran yang Allah bagi.Jazakillah kerana datang berjumpa ana". Zainab bersalaman erat dengan fatimah."Jazakillah juga ukhti di atas segala nasihat, teguran membina serta menaikkan semangat ana untuk terus berbuat. Ana sayang anti kerana Allah". Sempat Fatimah berbisik ke telinga Zainab sebelum meninggalkan Zainab dengan harapan yang baru diperolehinya."Semoga mendapat keredhaan dan keberkatan Allah di setiap perjalanan. Ana uhibbuki fillah". Sempat Zainab membalas sambil tersenyum kelapangan. Alhamdulillah bersyukur kepada Allah di atas segala-galanya yang terjadi. Bisiknya di dalam hati sambil menghantar Fatimah sehingga hilang dari pandangannya.

Ambillah yang mana boleh diambil dari kisah yang sememangnya berlaku dalam diri kita. Cuma mungkn jalannya yang berbeza. Gunalah lima ubat hati insyaAllah yang tidak perlu dibeli dimana-mana. Cuma memerlukan mujahadah yang tinggi melawan hawa nafsu. InsyaAllah semoga Allah meluruskan niat kita dan semoga kita sentiasa berada dalam rahmatNya.

Khamis, 29 Oktober 2009

Salam Perjuangan



Salam ukhwah filllah buat keluarga...sahabat2..teman2..ukhtifillah...serta semua yang masih lagi tetap berpegang dengan lafaz La ilaha illa Allah Muhammad ar Rasulullah..
Firman Allah dalam surah ke 57 (al-hadid) ayat yang ke 4 yang bermaksud:

4. Dia lah Yang telah menciptakan langit dan bumi Dalam enam masa, kemudian ia bersemayam di atas Arasy; ia mengetahui apa Yang masuk ke bumi serta apa Yang keluar daripadanya; dan apa Yang diturunkan dari langit serta apa Yang naik padanya. dan ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha melihat akan apa Yang kamu kerjakan.

Dia lah Yang telah menciptakan langit dan bumi Dalam enam masa, kemudian ia bersemayam di atas Arasy; ia mengetahui apa Yang masuk ke bumi serta apa Yang keluar daripadanya; dan apa Yang diturunkan dari langit serta apa Yang naik padanya. dan ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha melihat akan apa Yang kamu kerjakan.

semoga Allah tetap bersama-sama kita di mana sahaja kita berada dan Allah melihat ap yang kita lakukan..bersyukur kepada Allah dengan izin dan kesempatanNya..ana boleh menitipkan sedikit bicara qalbu..pertama sekali semoga Allah tajarrudkan/memurnikan niat kita agar segala amal yang dilakukan, segala niat yang didetikkan, segala pemikiran yang difikirkan, semuanya adalah kerana Allah dan untuk Allah...buangkanlah segala niat yang sebelum ini ada dalam jiwa kita..maafkanlah kesalahan orang2 yang berada di sekeliling kita walaupun nyata kesalahan itu bermula darinya..kerana insyaAllah Allah akan melapangkan hati kita...

berfikirlah tentang kebesaran Allah...tentang perkara yang selalunya kia nak atau kebetulan berlaku yang sememangnya dirancang teliti untuk diri kita . Dan bersabarlah juga wahai diri dan semua umat Nabi Muhammad s.a.w dengan setiap musibah yang berlaku dalam hidup kita...kerana ia adalah tarbiyyah dari Allah untuk jiwa yang bergelar hamba..untuk lengkapkan diri kita menjadi khalifah yang adil, beriman kepadaNya...insyaAllah

Di kesempatan minggu dalam kesibukan kita mencari ilmu2 Allah ini anan ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan salam perjuangan kepada sahabat2, ukhtifillah serta semua yang sedang bertempur nie. Moga2 ilmu yang kita perolehi itu bukan sekadar di atas kertas peperiksaan tetapi terletaknya di lubuk hati kita dan bercambah menjadi amalan-amalan kita untuk bekalan kita di kemudian hari.ingatlah saudara saudari yang ku kasihi, semua perkara sudah tercatat di luh mahfuz..berusahalah dan berikhtiarlah untuk meningkatkan kualiti dan prestasi..Tersusun indah di dalam al Quran Karim dalam sarah al-Hadid juga ayat yang ke 22 yang bermaksud:

22. tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) Yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga Yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di Dalam Kitab (pengetahuan kami) sebelum Kami menjadikannya; Sesungguhnya mengadakan Yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

seandainya apa yang diingini tidak kesampaian ketahuilah banyak sebenarnya hikmah dan perkara yang Allah ingin sampaikan kepada kita...insyaAllah..alirkanlah semua yang berlaku terhadap diri kita kepada Allah dengan impak positif..insyaAllah Allah akan memberikan ketenangan yang abadi..

Jumaat, 16 Oktober 2009



bersyukur kepada Allah kerana dapat menjenguk dan melakarkarkan titipan di blog ini..selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w...dan salam kepada semua yang masih diberi kesempaan untuk bernafas di dinia yan sementara ini. peringatan ni untuk diri ana juga yang mana tak terlepas daripada kekhilafan sebagai seorang hamba yang lemah dan kerdil di sisiNya. semoga kita sentiasa diberi peringatan tentang mati!!!kerana ia adlah sesuatu yang pasti...semoga kita tergolong di kalangan yang mendapat keredhaanNya...InsyaAllah..
PERINGATAN BUMI
BERKATA ANAS BIN MALIK R.A. ; SESUNGGUHNYA SETIAP HARI BUMI MENYERU KEPADA MANUSIA DENGAN SEPULUH PERKARA:-
1. Hai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan masuk ke dalamnya kelak
2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.
3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.
4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.
5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.


6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.
8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.
9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.
10. Engkau hidup di atas belakang beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

Panjang diameter bumi mencapai 40,076 kilometer.
Lebar diameter bumi mencapai 12,765 kilometer.
Lebar kutub 12,713 kilometer.
Median ketebalan bumi adalah sekitar 5.5 gram cm padu.
Keluasan bumi mencapai 510 kilometer persegi
Kelajuan pusingan bumi pada orbit mencapai 1674 kilometer sejam.

Selasa, 6 Oktober 2009

Demi Cinta Ilahi



AllhamdulilLah, masih diberi kesempatan untuk terus mengejar halawah cinta-Nya di persada ini. mudah-mudahan sahabat sahabiah kasih fillah sekalian tetap berada dalam nikmat iman dan islam yg infiniti..tiada henti..

Allahuakbar, kebelakangan ini begitu banyak membaca bahan mengenai sufism, jalaludin rumi, rabiatul 'adawiyah dan juga mendengar alunan dari DEBU. terasa zurq yang dimaksudkan dalam kembara cinta Illahi ini. terkadang bertanya sendiri, mengapa begitu sukar untuk kita meletakkan DIA sebagai cinta agung di hati?. adakah kekuatan untuk terus menyintaiNya semata-mata kerana mendambakan cintaNya jua? atau adakah cintaku, kasihku, amal ibadahku selama ini hanya kerana mengharapkan ganjaran syurga dan takutkan azab neraka? subhanallah, maha suci Allah yang menakluki segala sesuatu.

teringat sebuah kisah dalam sejarah rabiatul 'adawiyah. suatu hari di tepi sebuah jalan di Basra, Rabiatul 'adawiyah berlari membawa obor menyala dengan sebelah tangannya, dan menjinjing kendi dengan tangannya yang lain. Oleh sekelompok kaum arif yang tercerahkan, ia ditanya, "Wahai Rabi'ah, apa yang hendak kau lakukan?"

Rabiah menjawab,"aku ingin membakar syurga dan memadamkan api neraka agar kedua penghalang itu lenyap, dengan demikian akan jelas siapa yang memuja Allah kerana cinta dan bukan kerana takut akan api neraka atau harapan akan kenikmatan syurga"

gagasan cinta kerana cinta yang dikatakan oleh wanita sufi ini nyata masih berleluasa dan bermaharaja dalam diri manusia. malahan anak-anak kecil juga telah dididik agar takutkan neraka dan rindukan syurga, namun terkadang terfikir juga bahawa jika anak-anak di'set' dengan pemikiran sedemikian, bagaimana akan bercambah rasa kasih dan sayang yang ikhlas dan berdiri sendiri, bukan kerana harapkan sesuatu dan takutkan sesuatu. bunyinya seolah-olah mengugut pula. tepuk dada tanya iman..bukan kerana diri ini telah terpengaruh pula dengan aliran sufi, cuma ingin berkongsi pendapat. koreksi diri..selama ini amal ibadah kita kerana apa? hidup mati kita kerana apa? dan rasa cinta kita padaNya jua disebabkan apa? fikir dan fikir...sya serahkan persoalan ini pada naluri sahabat sahabiah sekalian dan jawapan itu jadikan satu titik muhasabah untuk perbaiki diri...sesungguhnya ingatan ini adalah khusus buat diri sendiri, sekadar ini berkongsi rasa agar sama-sama tetap pada landasan yang hakiki...wallahualam!

in times of troubles and difficulities, don't ever say,"oh my GOD, i've a BIG problem." but say, "hey problem! i've a BIG GOD..ALLAHUAKBAR"..always with HIM!!

Ahad, 27 September 2009

Jalinan Silaturahim



Ramadhan telah pun berakhir..
syawal telah pun menjelma..
bagaimana dengan diri kita? persoalan itu hanya boleh dijawab sendiri...dalam hati...tanyalah kembali dalam diri kita kerana kitalah yang mengawal setiap anggota kita..
banyak perkara yang berlaku dan tiada kesempatan untuk mencoret apa-apa catatan pun di sini..lebaran tahun nie disambut agak sederhana dan ana merasakan tahun nie sedikit meriah berbanding tahun2 sebelumnya. sebabnya raya pertama bersama keluarga dan pada hari raya kedua ana beraya bersama sahabat lame based 2005 sek agama cenor. kami adakan sedikit reunion. perancangan pada awalnya ingin berjumpa dengan kawan2 lame berlangsung dengan amat baik sekali..Alhamdulillah..kami naik 6 buah kereta beraye di rumah sahabat2 sekitar jengka 19,20,21,14.. sungguh indah pertemuan ini..banyak kami berkongsi cerita setelah 4 tahun tidak pernah bersua..dan semuanya tidak berubah..ada yang belajar dan ada juga yang bekerja..di sini ana dapat mengeratkan semula hubungan yang terjalin dahulu. bukan sahaja sesama sahabat tetapi dengan keluarga masing-masing.
Islam itu sendiri menyarankan agar kita dapat mencintai sesama muslim. dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim juga menerangkan tentang kepentingan mencintai sesama muslim. ana ingin memetik maksud hadis ini..Dari Abu Hamzah Anas bin Malik ra.,pelayan Rasulullah saw., bahawa Rasulullah saw bersabda,"seseorang di antara kalian tidak dikatakan beriman sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri."

Dalam al Quran juga ada menyebut tentang kutukan yang diberi kepada sesiapa yang memutuskan silaturahim. Dalam surah Muhammad ayat 22 dan 23 yang bermaksud " 22. (kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan - jika kamu dapat memegang Kuasa - kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim Dengan kaum kerabat?
23. (orang-orang Yang melakukan perkara Yang tersebut) merekalah Yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya.

Jadi marilah kita bina dan perbanyakkan silaturahim sesama muslim agar kita beroleh kelebuhannya. antara kelebihan menjalinkan silaturahim ialah
1) penyebab untuk masuk syurga
2) diluaskan rezekinya
3) dipanjangkan umurnya
4) dapat menjaga hubungan dengan Allah
5) penyebab dalam memperolehi hidayah
6) dihindari diri kita daripada menemui ajal dalam keadaan yang teruk
semoga ana dan semua yang hidup di dunia ini sentiasa mendapat hidayah,inayah oleh Allah swt. sentiasalah kita untuk perbaharu semula niat kita agar jalan yang kita ikut benar menuju redha Yang Esa. yang penting biarlah jalinan silaturahim itu diredhai oleh Allah swt.

Selasa, 8 September 2009

Sarawak dalam kenangan



Segala pujian dan syukur kepada Ilahi dengan izinNya ana, keluarga, akhwat, sahabat masih lagi diberi nikmat nyawa..insyaAllah..semoga kesempatan yang kita ada ini dapat digunakan dengan bermanfaat untuk jaminan kita di akhirat kelak. Alhamdulilah ana dan ukhtifillah baru balik dari Sarawak dengan selamat dan sejahtera tanpa apa2 halangan..segala puji hanya bagi Allah. banyak yang ana dapat di bumi yang permai itu.

Pertama kali ana merasakan naik flight..SubhanaAllah. sungguh tak sangka sebenarnya tapi itulah kenyataan yang dah pun berlaku. sebenarnya sebelum ini memang ada bercita2 untuk ke sabah atau sarawak. semuanya mudah dengan izin Allah. Kebenaran dari ibu bapa yang memahami pun Alhamdulillah memudahkan ana untuk ke sana. Terima kasih kepada abah dan ma yang tercinta lagi disayangi. ana sentiasa mendoakan kalian selagi nyawa dikandung badan,insyaAllah.


Sampai di Sarawak, berjumpa dengan akhwat di sana..sangat manis dirasakan kerana dapat mengenali akhwat di Sarawak. (",)..kami berbuka di Sarawak malam tu..waktunya jam 6.50 petang..awalkan..he.malam tu berkenal-kanalan dengan akhwat yang tentu sekali ana belum mengenali mereka..begitu indahnya ukhwah yang terjalin di sana dapat dirasakan. Esoknya masa ana dan ukhtifillah terisi dengan slot pengalaman dan tsaqafah di medan masing-masing. Banyak ibrah dan input serta masukan yang diperolehi. Semoga ana dapat mempraktikkannya di sini. InsyaAllah.



Kami bercadang ingin melakukan sedikit riadah tetapi tidak berkesempatan dan terisi dengan jaulah sekitar kolej di Unimas..tasiknya yang tenang dan menyejukkan mata sesiapa yang memandang menghilangkan keletihan yang ada. suasana di Unimas sememangnya berbeza dengan semenanjung..keadaan di sana agak tenang tanpa banyak kenderaan yang lalu. Akhwat di sana mengatakan mereka lebih kepada berjalan kaki untuk ke kolej atau tempat-tempat yang berkaitan pembelajaran. Memang sesuatu yang baru bagi ana..kami merentasi tasik Unimas untuk pulang kembali berkumpul bersama.

Petang tu ada pengisian dari ahli-ahli panel semenanjung. Banyak masukan-masukan yang ana dapat..cuma tunggu untuk dilakukan sahaja..semoga semua yang barada di sekeliling ana dapat memberi nasihat dan teguran dalam memikul amanah sebagai hamba dan khalifah Allah di dunia ini. Petang tersebut sebelum berbuka kami pergi ziarah mad'u baru di sana sambil menjual barang. Bagi ana, medan di sana baik dan semoga akhwat di sana bersabar dan dapat menempuhi dugaan di setiap perjalanan hidup dengan hati yang tabah dan cekal. Ana kagum dengan akhwat di sana yang mana banyak pengorbanan yang mereka hadapi untuk menegakkan firman-firman Allah swt. InsyaAllah kami di smenanjung doakan kalian.

Hari terakhir kami berjaulah di bandar di sana. Ana rasa kenangan di sana akan sentiasa berada dalam ingatan ana walaupun ana tidak mempunyai gambar kenangan. Tetapi memori itu tidak akan luput sampai bila-bila..InsyaAlla kerana inilah pengalaman pertama ana naik flight.. Semasa pulang ke tanah air agak sebak juga ingin meninggalkan Sarawak tetapi banyak yang perlu dilaksanakan di semenanjung. Kami menaiki flight pulang dengan tenang bersama hujan yang mengiringi kami waktu itu.

Selasa, 18 Ogos 2009

Dugaan Itu Pasti




untuk semua yang bergelar manusia yang menyebut La ilaha Illa Allah..sememangnya kita digelar penyeru...penyeru kepada kebaikan...pencegah kepada kemungkaran..InsyaAllah..Banyak telah termaktub dalam ayat ayat Cinta Allah dalam al Quran yang mulia dan penuh dengan mukjizatNya. Salah satu ayat dalam surah yang ke 3 ayat 110 yang bermaksud:

110. kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang Yang fasik.

Amat jelas, nyata lagi terang wahai mujahidah, sahabat, ukhti serta umat nabi Muhammad sekelian. Kita adalah sebaik-baik umat iaitu umat Nabi Muhammad saw. Mengapa kita yang perlu mengotorkan diri kita dengan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya kita lakukan. Marilah sama-sama kita mengajak saudara seislam kita untuk sama-sama merenung kembali hakikat kejadian manusia itu sendiri..Kita hidup di dunia ini bukan hanya untuk diri kita...bersenang lenang...tidak sekali-kali..ana ingin menyeru kepada diri ana dan semua umat Nabi Muhammad saw supaya ingatlah kepada ajaran al Quran dan as Sunnah yang mana terkandung nasihat yang amat berguna untuk peringatan kita bersama.InsyaAllah...

Tegurlah juga diri ini andai leka dan lalai untuk berbuat dan memikul amanah yakni sebagai hamba dan khalifah.Semoga kita menjadi orang yang benar-benar beriman dan mengamalkan apa yang diperintahkan Allah. Biarpun pelbagai ujian melanda ingatlah itu sebenarnya petanda kasih sayang Allah swt kepada diri kita..Allah swt tak nak kita terbuai dengan dunia yang penuh perhiasan ini..Allah menghantukkan diri kita dengan pelbagai ujian dan musibah agar kita sentiasa terjaga dan tersedar kita bukanlah berada rumah pengistirehatan...bukan berada di pulau yang indah..bukan berada di negara yang permai...tetapi kita berada di medan petempuran..kita berada di medan perjuangan melawan hawa nafsu...melawan keinginan terhadap diri sendiri...dan ingatlah sahabat kita ingin menuju di Pulau Indah yang tercantik, terindah dan yang kekal abadi...yang tidak boleh dibeli dengan apa pun kecuali iman dan taqwa...

Jagalah hati kita...sentiasalah nasihat menasihati..bawalah insan-insan mengenal Allah,mentadabur alam,dan mengamalkan apa yang dipesan oleh Rasulullah..ana masih teringat dalam kelas tutor Maharat Kitabah, ustaz berpesan sejenak. Ustaz kata "berceritalan tentang Rasulullah seolah-olah Rasulullah mendengar dan turut berada di samping kita. Cuba bayangkan Rasulullah berada di dunia dalam masa 1 minit..apa yang kita ingin tunjukkan kepada Beliau" terkesima sejenak satu kelas..terasa juga meremang bulu roma ana. Memang sesuatu yang sepatutnya kita fikir untuk itu dan cuba menjadi dan membuat perkara yang terbaik untuk Allah dan RasulNya.

Ahad, 9 Ogos 2009

Hari-hari yang telah dilalui




pertama dan selamanya...dipanjatkan kesyukuran kepada Allah swt di atas kasih sayangNya yang meluas....nikmat yang menggunung....perlindungNya yang tidak berbelah bahagi....dan pertolonganNya yang datang tanpa dipinta..banyak perkara yang sebenarnya ingin dikongsikan bersama tetapi mungkin keterbatasan waktu jadi tidak semua yang dapat dizahirkan melalui blog ana yang tak seberapa ini..Allah..satu aliran yang kuat menjelma dari dalam diri hanya kerana perkataan Allah..

...sayu sekali jika kita ingat kepada kematian..kenapa??sebab kita tahu banyak perkara yang tidak sempat kita ingin lakukan d dunia ini..benarlah kata Hassan al Banna " kewajipan kita adalah banyak daripada waktu yang kita ada. oleh itu, bantulah saudara tentang cara-cara untuk menggunakan masa yang ada dengan berfaedah dan jika saudara juga mempunyai tugas maka ringkaskanlah pelaksanaannya"..itu adalah wasiat Hassan albana..Bagaimana pula dengan wasiat yang akan kita tinggalkan untuk hamba Allah yang berada di bumi?? sememangnya ia satu perkara yang jauh bagi ana sendiri kerana perjuangan yang diberikan bukanlah sehebat mana. namun ana teringat kata2 ukhtifillah dalam mesej kepada ana "sesungguhnya perjalanan seorang dai itu sangat panjang dan melelahkan. Ketika itu orang lalai akan hairan melihat dai menyengsarakan diri dalam kelelahan dan bertanya: "sampai bila kau akan melelahkan diri? dijawab daidengan pasti "sebenarnya aku mengharap p'istirehatan" (syurga)-Ibnu Qayyim-

ana juga mendapat mesej dari akhwat "apabila kecintaan pada Allah telah terkukuh di dalam hati seseorang mu'min, akar2nya juga telah terpasak sedalam2nya. Maka Allah lah matlamat baginya pada segalanya. Ia akan berkorban segala yang ada demi Allah, kerana ia telah merasakan kemanisan iman dan kelazatan yakin pada Allah, lalu jadilah segala kelazatan duniawi tiada nilai baginya di hadapan kelazatan yang abadi itu"... sungguh hebat kata2 yang diberikan...biarlah kehebatan cinta itu dirasai oleh setiap manusia mu'min yang telah mengucapkan lafaz La Ilaha Illa Allah..dan ingin berbuat hanya bermatlamat kerana Allah...berdoalah juga lafaz yang terucap waktu syahadah itu akan menemani kita sebelum kita tiada nafas lagi di dunia ini.

kadang-kadang ana banyak menghitung hari-hari yang dilalui dulu dan selepas ditarbiyyah. begitu banyak perkara ana pelajari sesudah ditarbiyyah. sebenarnya sewaktu di sekolah menengah lagi Allah swt ada memberikan signal positif ke arahNya tetapi pada masa tu ana tak nampak satu platform untuk beramal jama'i. Ana dilantik menjadi naqibah dan imam tetapi merasakan tiada perbaikan dalam diri. Dengan Izin Allah ana berada di gedung ilmu ini terutama sekali bertujuan bermatlamat sebagai hamba dan khalifah. banyak perkara lagi yang perlu ana baiki dalam diri dan jiwa ini. Jazakillah di atas setiap teguran yang ukhtifillah berikan pada ana dan masukan2 yang membina diri ini. Semoga ana dapat mempelajari banyak perkara dari ukhti semua kerana banyak kekurangan yang wujud dalam diri ini. kadang-kadang perasaan kecewa, resah, sedih, membelengu jiwa ini yang mengharapkan teguran dan nasihat dari kalian.

Assalamualaikum

Nama

E-mel *

Mesej *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...