Khamis, 10 April 2014
Rabu, 18 Disember 2013
Sweetheart
Tegakkan Allah dan agama di hati, nescaya akan tertegak di bumi. Ungkapan
ini sangat mendalam maksudnya. Bagaimana dikatakan dalam hati boleh sampai ke
bumi? Sering kita sebut dalam pengajian tarbiyyah kita juga, tujuan kita
belajar adalah untuk memperbaiki diri dan orang di sekeliling kita. Begitu juga
dapat dirungkaikan disini bagaimana peranan hati kita dalam berjalan di arus
dunia hari ini. Betapa besarnya peranan hati. Jika kita berada di jalan raya,
ada pesanan yang sampai kepada kita, hati-hati ya. Dua kali perkataan hati
disebut. Hati itu sukar dijaga dan mudah berbolak balik. Sesungguhnya hati
lebih cepat berbolak balik dari air yang menggelegak. Astaghfirullah, semoga
kita sentiasa di jalanNya. Kita disaran juga dalam setiap kali doa untuk berdoa
dengan doa ini :Ya Allah yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hati kami ke
atas agamaMu. Apabila dalam rumahtangga, suami isteri akan keluar perkataan my
sweetheart. Jika perkataan ini, maksudnya kekasih hati. Ada hati juga di sini.
Betapa sayangnya sehingga mengaitkan kekasih (suami atau isteri) dengan
hatinya. Hati ini rupanya sangat dekat dengan pemiliknya, begitu juga hati
sangat dekat dengan Penciptanya. Kerana itu, kita perlu berhati-hati dalam
menjaga hati. Dalam Hadith yang berkaitan dengan hati juga salah satu tanda
hati itu dekat dengan Allah, Pencipta hati.
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau
berkata: Aku mendengarRasulullah SAW bersabda:Bahawa sesungguhnya setiap amalan
itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang
dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju
kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya.
Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau
kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah
perkara yang ditujuinya itu.
Jadi mengambil balik yang dikuningkan diatas, dari hati terbentuk niat dan
dari niat menuju kepada Allah dan RasulNya jika itu yang diniatkan, maka akan
sampailah kepadanya. Begitu dekat rupanya hati kita dengan Allah dan RasulNya.
Kita juga boleh meletakkan Allah dan RasulNya menjadi sweetheart diri kita.
Masukkan ke dalam hati kita. Dengan masuknya kekasih (Allah dan RasulNya) dalam
diri kita, maka akan terciptalah perasaan apabila kita melakukan suruhan Allah
dan juga sunnah Rasulullah saw. Bagaimana tercipta perasaan ini? Kita akan
lebih menjiwai dalam solat, lebih merasai setiap bacaan al Quran yang terlafaz
dari bibir kita, Melebihi dan melebihi. Melakukan solat kerana rasa syuur
(berperasaan) akan melahirkan rasa takut dan harap kepada Allah swt. Bagaimana
takut? takut dengan dosa-dosa yang ada dan berharap Allah mengampuni setiap
dosanya. takut dengan lafaz-lafaz kata yang terlebih dan berharap mendapat keampunanNya.
Dengan inilah kecintaan pada Allah akan dapat dirasai.Mahabbatullah. Cinta
Allah bermula dari hati kita. Mari kita sama-sama berkata pada hati kita.
"Wahai hati, apakah yang ada dalam hatimu?" Wahai hati, masukkanlah
Allah dan Rasulullah saw dalam hati, agar ia dapat menjadi sweet iaitu manis.
Kerana kemanisan itu juga jaminan kita berada di dunia ini dan akhirat
sana.
Dari hati keluar menjadi takut dan harap. Kaki juga akan terpengaruh dengan
bisikan atau apa yang ada dalam hati kita. Jika kita masukkan Allah dan
Rasulullah saw dalam hati, kaki juga akan membuktikan cinta hati kita.
Bagaimana? melalui langkah-langkah kita menuntut ilmu, langkah kita menuju
usrah, langkah kita membuka usrah baru, langkah kita mengajak orang lain kepada
kebaikan, langkah dalam menepis perkara yang Allah larang, mencegah yang
mungkar. Mulut juga akan terpengaruh dengan hati kita. Pengucapan yang lahir
dari bibirnya lebih berhati-hati, bimbang percakapan ini menghiris hati
sahabatnya, bimbang berbicara perkara yang sia-sia.
Begitulah para sahabat yang sering kita dengar
kisahnya. Bagaimana Ubaidillah Ibn Jarrah, dengan cinta Ilahi, musuh diperangi
walau musuh itu yang rapat dengannya. Kisah Kaab Ibn Malik yang tidak ikut
perang, didenda dengan dipulau.Namun ,kerana cinta Allah dan Rasulullah
diterima pemulauan itu dengan cinta, ujian itu utuh bertahan sehingga akhirnya
mendapat perkhabaran dalam firmanNya, manis dirasa. Cinta itu melebihi,kerana
itu mampu digagahi. Kisah Siti Hajar dan anaknya, keseorangan di tanah tandus
apabila merelai pemergian suami kerana Allah. Mampu mengharungi, walau ujian
perit di mata dan fizikal. SubhanaAllah. Kisah itu kita semua tahu. Malah
seluruh dunia juga tahu. Inilah akhirnya, dari hati kita tegakkan, akan
tertegak di bumi. Bagaimana utuhnya iman-iman yang meletakkan Allah dan
RasulNya dalam diri, nescaya akan tertegak di bumi.
Muhasabah semula hati kita. Bukan sahaja hari ini
kita perlu muhasabah, tetapi setiap detik dan saat kerana hati ini perlu
sentiasa perbaharui niat Lillahi Taaala. Wallah A’lam. Allah segala-galanya.
KepadaNya dan untukNya.;)
Isnin, 18 November 2013
Taddabur alam
Bismillahirrahmanirrahim
Dalam sehari-hari kita membaca al Quran, adalah untuk kekuatan jiwa dan dalaman kita. Penguat tika kita dihimpit dengan dugaan yang bakal mendatang. Ia adalah bekal dan ubat jiwa yang paling mujarab dalam merawat jiwa yang resah dan sakit. IzinNya. Disebab itu, dalam perjumpaan mingguan kita atau bersama anak usrah kita, kita akan ingatkan tentang rawatan ini. Bacaan al Quran berapa juzuk yang kita boleh dapatkan dalam seminggu. Muhasabah diri.
Beberapa hari lepas telah mengikuti adik-adik KRIM (Kelab Remaja Isma) berprogram di sebuah pantai yang cantik dan indah ciptaan Ilahi. Adik-adik telah melalui satu aktiviti ketika mereka disana. mereka dikehendaki melihat sekeliling dan menterjemahkan dengan dua rangkap pantun. Diri ini suka menukilkan pantun ini di sini hasil kreativiti mereka disebabkan pantun mereka sangat bagus.
Dalam sehari-hari kita membaca al Quran, adalah untuk kekuatan jiwa dan dalaman kita. Penguat tika kita dihimpit dengan dugaan yang bakal mendatang. Ia adalah bekal dan ubat jiwa yang paling mujarab dalam merawat jiwa yang resah dan sakit. IzinNya. Disebab itu, dalam perjumpaan mingguan kita atau bersama anak usrah kita, kita akan ingatkan tentang rawatan ini. Bacaan al Quran berapa juzuk yang kita boleh dapatkan dalam seminggu. Muhasabah diri.
Beberapa hari lepas telah mengikuti adik-adik KRIM (Kelab Remaja Isma) berprogram di sebuah pantai yang cantik dan indah ciptaan Ilahi. Adik-adik telah melalui satu aktiviti ketika mereka disana. mereka dikehendaki melihat sekeliling dan menterjemahkan dengan dua rangkap pantun. Diri ini suka menukilkan pantun ini di sini hasil kreativiti mereka disebabkan pantun mereka sangat bagus.
Kumpulan 1
Duduk bersimpuh Puteri Serani,
Lantaran menunggu Putera Seberang,
Sungguh segar udara di sini,
Membuat hati berasa tenang.
Baju ketat aurat terdedah,
Moga Allah beri hidayah,
Sungguh ramai orang beriadah,
Bersama ibu dan juga ayah.
Kumpulan 2
Sungguh indah hutan menghijau,
Terdapat banyak flora dan fauna.
Kumpulan 3
Pulau kera nampak di mata,
Tumpuan keluarga untuk bercuti,
Aman damai hati merasa,
Keindahan diberi oleh Ilahi.
Pergi ke D'cove bersama-sama,
Kerana Allah niat dihati,
Aktiviti bersama persatuan ISMA,
Banyak memberi manfaat diri.
Kumpulan 4
Pokok tinggi daun rendang,
Pantai bersih hati tenang.
Sudah selesai pantun mereka. Terimalah pula pantun ini untuk mereka.
Indahnya budi bersopan santun,
itulah akhlak yang diajar Nabi,
Sungguh pandai melakar pantun,
Punyai bakat yang tersendiri,
Ahad, 25 Ogos 2013
Syurga itu terlalu indah
Bismillah
Ya Allah hati kami sangat hiba dan menangis tika kami dengar melalui berita tentang saudara-saudara seIslam kami. Sangat sedih dan tersentap jua melihat penderitaan saudara-saudara kami di Mesir, Syria dan negara-negara lain. Melihat kanak-kanak yang terkena gas yang boleh membunuh jiwanya. Sungguh pilu dan sedih sangat Ya Rabb.
Tapi dalam kesedihan ini, kami tahu Ya Rabb, mereka ada 'tempat' yang lebih aman dan bahagia di 'sana'. Mereka ada kehidupan yang mana mereka tidak akan menangis lagi.
Kami doakan untuk mereka Ya Allah.
Kami doakan untuk mereka Ya Rahman.
Kami doakan untuk mereka Ya Rahim.
Engkau sahaja yang dapat membalas setiap kematian saudara kami. Balasan dariMu kepada mereka adalah sangat dasyat dan tiada siapa yang dapat menghalangnya.
Ketika melihat tubuh-tubuh yang syahid tersenyum indah. Hati ini berkata, apakah yang sedang dilihatmu wahai para pejuang. Semestinya janji Allah itu pasti. Kepada yang syahid atau mencari syahid. Anak-anak yang tidak berdosa, kehidupan yang kekal dan lebih baik telah ada untukmu. Tinggal kami disini, doakan kami agar kami dapat menjejaki mu juga di 'sana'.
Jumaat, 23 Ogos 2013
Menghindari tekanan
Pengaduan kepada Allah SWT
Adu segala permasalahan kepada Allah SWT dengan mengerjakan solat sunat dua rakaat, berzikir, membaca al-Quran dan berselawat ke atas Rasulullah SAW.
"Iaitu orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia." (ar-Ra'd 13:28)
"Sesungguhnya Akulah Allah;tiada Tuhan melainkan Aku. Oleh itu, sembahlah akan Daku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku. (Taha 20:14)
Rasulullah SAW juga ketika dilanda kesulitan, baginda sentiasa mencari ketenangan dengan mendirikan solat sunat. "Dijadikan kesejukan mata hatiku dalam sembahyang."
Baginda SAW bersabda kepada Bilal bin Rabah r.a., "Wahai Bilal, aku dapat merasa tenang dengan solat. " (al-hadith)
Dalam sebuah riwayat, Rasulullah SAW telah bersabda kepada Bilal, "Wahai Bilal! Bangunkan (untuk azan) rehatkan kami dengan solat." (Riwayat Ahmad)
Ternyatalah mengingati Allah SWT melalui solat itu dapat memberikan ketenanagn jiwa dan menstabilkan emosi.
Salurkan Tekanan Dalam bentuk aktiviti
Antara aktiviti yang boleh dibuat ialah menjahit, menggubah, mengemas, membaca dan bersenam. Kepuasan yang diperoleh daripada melakukan aktiviti-aktiviti tersebut dapat merehatkan badan dan minda, kesan daripada rembesan hormon Endorphins.
Luahkan tekanan kepada orang lain
Sentiasa berhati-hati dalam memilih teman untuk berkongsi luahan. Pastikan teman anda ialah seseorang yang dipercayai dapat memberikan nasihat yang baik dan amanah dalam menyimpan rahsia. Setiap kali anda meluahkan tekanan, sebahagian bebanan itu terasa ringan walaupun teman anda hanya sekadar mendengar.
Peringatan: Elakkan melampias tekanan kepada orang lain dalam keadaan marah kerana dikhuatiri anda 'menyebarkan' tekanan kepada orang lain pula. Sebaik-baiknya hendaklah berdiam diri dan bertenang.
Memaafkan diri sendiri Dan orang lain
Manusia ialah makhluk ciptaan Allah SWT yang tidak maksum, kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Kita tidak terkecuali daripada menyinggung perasaan orang lain dan sikap orang lain juga berpotensi menjadi punca tekanan dalam kehidupan seharian kita. Tiada manusia yang dapat meneka dan mengerti isi hati orang lain. Jika kita merasakan tekanan yang dihadapi berpunca daripada sikap individu tertentu, leraikan kekusutan melalui perbincangan tenang dan diakhiri dengan bermaaf-maafan antara satu sama lain seikhlas hati.
Cipta kedamaian hati dengan memaafkan kesilapan diri sendiri dan orang lain sekaligus mengangkat martabat diri ke tahap yang lebih baik, insya Allah.
Renungan bersama;
Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah SAW bersabda, "Tidak akan berkurang harta kerana bersedekah dan tiada seorang yang memaafkan kesalahan orang melainkan ditambah Allah SWT akan kemuliaannya."
Memaafkan kesalahan orang lain merupakan salah satu akhlak yang mulia dan utama , sebagaimana sabda Rasulullah SAW,
"Ya, Uqbah! Mahukah kuberitahu kepadamu tentang akhlak penghuni dunia dan akhirat yang paling utama? Iaitu menyambung silaturahim terhadap orang yang memutuskan hubungan denganmu, memberi kepada orang yang menahan pemberiannya kepadamu, dan memaafkan orang yang pernah menganiayamu." (Riwayat Hakim)
Petua meredakan tekanan
Kita juga boleh meredakan tekanan dengan memanfaatkan fadhilat dan keberkatan surah al-Insyirah. Bacalah surah ini berulang kali. Dengan menghayati surah tersebut, hasilnya kita dapat merasakan kelapangan dan ketenangan jiwa.
Diambil dari ruangan psikologi Wanita Majalah Mukminah pemberian seseorang.
***********************************************************************
Semoga kita masih lagi diberi hidayah oleh Pencipta kita, Allah swt yang Maha Penyayang. Fitrah manusia juga bersifat lemah. PadaNya punya kekuatan. Pintalah kepadaNya kekuatan. Insya Allah, Allah akan menghadirkan kekuatan itu kepada kita. Jika kita tidak berusaha dengan cepat menghalau permasalahan yang kita ada, bimbang ia akan membarah di dalam jiwa dan timbul penyakit yang sukar diubati pula. Mudah-mudahan permasalahan yang kita ada dapat dihindari dengan cepat kerana kita masih punya banyak tanggungjawab dan hak orang lain yang perlu ditunaikan.
Seperti selalu kita mendoakan di dalam solat sunat Dhuha: Kekuatan itu adalah kekuatanMu, rezeki itu adalah rezekiMu,...................................................Berikanlah pada hamba sepertimana yang telah Engkau beri kepada hambaMu yang soleh. Mudah-mudahan Allah hindari kita daripada permasalahan yang panjang dan semoga kita sentiasa dalam lindungan dan hidayahNya Insya Allah.
Isnin, 19 Ogos 2013
Allah Sahaja
Usah menangis di depan manusia,
kerana barangkali itu menyedihkan mereka, barangkali itu memedihkan mereka, mungkin itu menimbulkan marah kepada kita..boleh jadi mendekatkan kebencian kepada kita, dan menjauhkan kasih dan sayang serta cinta antara kita..
Jika ini berlaku, BATIN kita akan menjerit, ''mereka tidak memahami KITA''...
bukan mereka tidak faham kita,
kita yang tak memahami jiwa kita yang memerlukan TUHAN..
kerana manusia itu bukan TUHAN, mereka hanya ABDULLAH yang ada keperluan seperti kita jua..
Gantikan air matamu dengan air wudhu'..
bertukarlah jiwa yg sedih itu dengan jiwa yang kuat dengan firman ALLAH..
berikanlah kekuatan kepada badan yg lemah atas kesakitan dengan sabarnya dan khusyukNya solat..
anda dapati ketenangan itu milik anda!ketenangan yg ada HARAPAN dan DUA' serta yakin dengan TUHAN-NYA..
By : Adik
Usah menangis di depan manusia,
kerana barangkali itu menyedihkan mereka, barangkali itu memedihkan mereka, mungkin itu menimbulkan marah kepada kita..boleh jadi mendekatkan kebencian kepada kita, dan menjauhkan kasih dan sayang serta cinta antara kita..
Jika ini berlaku, BATIN kita akan menjerit, ''mereka tidak memahami KITA''...
bukan mereka tidak faham kita,
kita yang tak memahami jiwa kita yang memerlukan TUHAN..
kerana manusia itu bukan TUHAN, mereka hanya ABDULLAH yang ada keperluan seperti kita jua..
Gantikan air matamu dengan air wudhu'..
bertukarlah jiwa yg sedih itu dengan jiwa yang kuat dengan firman ALLAH..
berikanlah kekuatan kepada badan yg lemah atas kesakitan dengan sabarnya dan khusyukNya solat..
anda dapati ketenangan itu milik anda!ketenangan yg ada HARAPAN dan DUA' serta yakin dengan TUHAN-NYA..
By : Adik
Khamis, 1 Ogos 2013
Pantun 1
Sunyi tenang suasana malam,
Cengkerik juga tidak berbunyi,
Assalamualaikum dihulur salam,
Semoga sihat rohani dan jasmani.
Sihat rohani juga jasmani,
Fitrah manusia inginkan begitu,
Tingkatkan amal bersihkan hati,
Zikrullah dan selawat dilazimi selalu.
Kebahagiaan itu ada di mana,
Dalam hati yang sentiasa disuci,
Allah penghubung terdekat hambaNya,
Jauhilah perkara yang Allah benci.
Buah tamar di dalam pinggan,
Juadah dihidang sederhana sahaja,
Itulah rezeki Allah kurniakan,
Sentiasalah bersyukur dengan rahmatNya.
Solat terawih di bulan Ramadhan,
Sungguh istimewanya di bulan ini,
Mensucikan diri dan anggota badan,
Menunaikan solat sepenuh hati.
Melangkah ke masjid tersenyum indah,
Perbaharui niat setiap masa,
Menjaga perbuatan terutama lidah,
Akan dipersoal setiap kata.
Melihat wajah ma dan abah,
Sentiasalah doakan untuk mereka,
Pengorbanan mereka tidak terbalas,
Berbaktilah tika usia bersisa.
Jumaat, 26 Julai 2013
Lailatul Qadr
10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan
yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam
kitab Allah dan Hadis Rasulullah s.a.w di antaranya firman Allah s.w.t:
"Sesungguhnya kami menurunkannya (al-Quran) pada malam
kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemulian
itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat
dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.
Malam itu penuh dengan kesejahteraan sampai terbit fajr" (Al Qadr 1-5).
Al Qadr berarti kemuliaan atau tempat kedudukan yang tinggi, atau
dikatakan juga takdir (ketentuan) dan keduanya dianggap benar. Ia
merupakan tempat menentukan segala urusan dalam setiap tahun, seperti
firman Allah:
"Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran pada suatu malam
yang diberkati, dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada
malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah" (Ad Dukhan 3-4).
Seribu bulan lebih lamanya daripada 83 tahun (sepanjang umur manusia).
Dan melakukan ibadah pada malam itu pahalanya setara dengan melakukan
ibadah sepanjang masa. Tentu saja itu merupakan kemurahan. Oleh karena
itulah Rasulullah menjadi orang yang paling antusias untuk melakukannya.
Demi hal itu beliau melakukan i'tikaf di masjid, seraya melepaskan diri
dari segala kesibukan dunia. Beliau bersabda: "Barang siapa melakkuakn
ibadah pada malam kemuliaan karena iman dan mencari pahala, maka
dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni".
Suatu hal yang perlu diperhatikan mengenai keistimewaan malam kemuliaan
ini ialah, bahwa Allah memuliakan segenap manusia dengan cara menurunkan
cahaya petunjuk pada malam itu. Karenanya, gelap kesesatan hilang
sirna. Pada malam itu Allah menghidupkan hati manusia kalau mereka mahu
melakukan amal-amal yang soleh. Pada malam itu turun para malaikat dan
termasuk juga Jibril.
Satu lagi keistimewaan malam kemuliaan tersebut ialah, kalau peristiwa
turunnya malaikat Jibril kepada Rasulullah SAW membawa wahyu sudah
berlalu, maka pada malam kemuliaan itu seakan-akan merupakn
rekonstruksinya ataupun demi pembaharuan kesejahteraan bagi manusia.
Apabila Jibril waktu itu turun dengan membawa wahyu dan syariat Islam,
maka pada malam kemuliaan itu beliau turun lagi setelah mendapat izin
dari Rabbnya untuk mengatur segala urusan yang berlaku setahun bagi
penghuni bumi. Para malaikat pun ikut turun dengan membawa segenap
kesejahteraan. Pada malam itu seolah-olah seluruh dunia tengah terjaga
menjambut tanda-tanda kesejahteraan, kedamaian, kebajikan dan
keselamatan.
Ini mendorong kita untuk menyuarakan kepada segenap dunia bahwa
sesungguhnya agama kita dan misi atau risalah nabi kita, adalah agama
dan misi kesejahteraan yang selalu diperbaharui setiap tahunnya.
Malam kemuliaan merupakan karunia yang tiada duanya. Siapapun yang
sampai terlambat memanfaatkannya, maka sama halnya ia telah berlaku
aniaya terhadap dirinya sendiri. Karena isterinya Aisyah ra, Rasulullah
SAW pernah memberikan wasiat:
"Apabila kamu mendapati malam itu (lailatul qadr), maka bacalah do'a ini: Allahumma innaka 'afqun tuhibbul 'afwa fa'annii. (Ya Allah, sesungguhnya Engkau maha pengampun, Engkau suka mengampuni, maka ampunilah aku)" (HR Tarmidzi).
"Apabila kamu mendapati malam itu (lailatul qadr), maka bacalah do'a ini: Allahumma innaka 'afqun tuhibbul 'afwa fa'annii. (Ya Allah, sesungguhnya Engkau maha pengampun, Engkau suka mengampuni, maka ampunilah aku)" (HR Tarmidzi).
Do'a tersebut mencakup segala kebajikan. Masalahnya kalau orang sudah
diberikan ampunan, maka jiwa dan raganya akan terpelihara. Ia pun akan
dipelihara dari hisab (perhitungan amal) dan siksa, sehingga ia akan
memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat.
Rasulullah SAW sudah menjelaskan kepada para sahabatnya mengenai tanggal
dari pada malam lailatul qadr tersebut, yakni disekitar bilangan
sepuluh hari yang terakhir pada bulan Ramadhan. Agaknya masalah tersebut
tidak perlu diperdebatkan, karena seluruh malam yang ganjil dari
sepuluh malam terakhir, terdapat hadis yang memaparkan bahwa malam itu
adalah lailatul qadr. Menurut pandangan kami (Athiyah Muhammad Salim),
yang tepat ialah bahwa lailatul qadr itu tidak menentu dan
berpindah-pindah.
"Ya Allah, tolonglah kami untuk mampu melakukan ibadah pada malam
kemuliaan. Berikan kepada kami berkat kebajikannya. Ampunilah kami.
Terimalah permohonan kami agar Engkau berkenan membebaskan kami semua
dari siksa neraka. Sesungguhnya Engkau adalah Dzat yang maha mendengar
dan yang maha mengabulkan do'a. Semoga shalawat dan salam sejahtera
Allah senantiasa terlimpah bagi hamba dan Rasul-Nya yang mulia Muhammad
SAW".
Rasulullah SAW bersabda: "Perangilah nafsu kamu dengan
menahan lapar dan dahaga, karena pahalanya seperti pahala orang yang
berjihad di jalan Allah dan tidak ada amalan yang disukai di sisi Allah
daripada menahan lapar dan dahaga". Wallahu a'lam.
Dari itu, perbaharui niat kita dan semoga Allah meletakkan kita antara salah seorang yang merasai malam yang terindah dan istimewa itu.amin
Khamis, 25 Julai 2013
Puasa
Bismillah.
Sungguh, Allah telah memberi pelbagai nikmat kepada hamba-hambaNya.
Sudah sampai lebih pertengahan bulan,
Yang mulia.
Apa yang sudah kita lakarkan dalam catatan amal kita
Hanya Allah yang tahu rahsia ini
Kedudukannya yang istimewa,
Kerana firman Allah Taala, menurut yang diceritakan Nabi:
"Tiap-tiap perbuatan baik, pahalanya sepuluh kali, sampai kepada tujuh ratus kali, selain daripada puasa. Maka puasa itu adalah bagiKu dan Aku akan membalasinya." (Diriwayat Al Bukhari dan Muslim)
Alhmdulillah, kemudian alhamdulillah
Allah sudah memberi nikmat kepada kita
Tinggal diri kita sahaja untuk memilihnya
Sekarang kita sedang meniti laluan yang sangat istimewa ini
Untuk bekalan dan harapan
Untuk meniti 11 bulan yang akan datang
Berfirman Allah Taala: " Sesungguhnya orang yang berpuasa itu meninggalkan hawa nafsu, makanan dan minuman keranaKu. Maka puasa itu untukKu dan Aku akan membalasiNya." (Diriwayat Al Bukhari dan Muslim)
Semoga hati ini serta hati-hati
orang-orang di sekeliling kita
sama-sama dekat dengan Pencipta kita
Yang sentiasa memberi rahmatNya
pada kita
Alhamdulillah
Bersabda Nabi saw: " Syurga itu mempunyai sebuah pintu, yang dinamakan " Ar-Rayyan", yang tidak memasuki pintu itu, selain orang-orang yang berpuasa. Dan dijanjikan dengan menjumpai Allah Taala pada balasan puasanya."(Diriwayat Al Bukhari dan Muslim)
Sungguh! banyak nikmat yang Allah berikan
untuk sesiapa yang berpuasa.
Ada permulaan ada akhirnya
Dimulai sahur diakhiri berbuka
dari terbit fajar hingga terbenam matahari
Bersabda Nabi saw: "Orang yang berpuasa itu mempunyai dua kesenangan: kesenangan ketika berbuka dan kesenangan ketika berjumpa dengan Tuhannya".(Diriwayat Al Bukhari dan Muslim)
Alhamdulillah, Kami bersyukur padaMu Ya Rabbana, di atas setiap ketenangan, kesabaran, kenikmatan yang Kau berikan pada kami. Jadikanlah diri kami, Ibu bapa kami, saudara mara kami, keturunan kami,sesiapa sahaja yang bersama-sama kami, umat Islam seakidah dengan kami, orang-orang yang sentiasa dalam lingkungan kebaikan dan hidayahMu. Jadikanlah Kami hambaMu yang sentiasa bersyukur dan limpahkanlah kepada kami sepertimana yang Engkau berikan pada hamba-hambaMu yang soleh.Amin;)
Malam lebih baik dari seribu bulan menanti, Ya Allah sampaikan kami pada malam lailatul Qadr.
Keberanian seorang Ibu
Suasana di rumah semakin tegang. Empat beradik ini masing-masing tidak mengalah. Mereka menuding jari kepada satu sama lain; berkeras tidak mahu tinggal di rumah untuk menjaga ibu kesayangan mereka yang sudah tua. Ternyata setiap daripada mereka berlumba-lumba untuk turut menyertai ekspedisi jihad menentang tentera Parsi pimpinan panglima besar Sassanid, Rostam Farrokhzad.
Ibu mereka, al-Khansa' binti Amru yang memeluk Islam ketika di Madinah adalah seorang penyair terulung yang mendapat pengiktirafan dan merupakan kesukaan Rasulullah S.A.W.
Perbalahan empat beradik ini sampai ke pengetahuan Khansa'. Hati tuanya sangat memahami kemahuan anak-anaknya ini. Masakan tidak, dialah yang membesarkan mereka dan menanamkan rasa cinta kepada jihad dan mati syahid dalam hati anak-anaknya. Lantas dia mengambil keputusan, tiada siapa yang akan tinggal di rumah kali ini. Semuanya akan pergi bersama-sama, termasuklah dirinya.
Angkatan tentera kali ini diketuai oleh Saad bin Abi Waqas, dan beliau memilih al-Qadisiyah sebagai tempat pertempuran antara tentera Islam dan Parsi. Hari pertama perang al-Qadisiyah amat sukar bagi tentera berkuda Islam yang berhadapan dengan tentera bergajah Parsi. Pada malamnya yang hening itu, Khansa' memecahkan kesunyian malam- menyampaikan pesanan seorang ibu kepada anak-anaknya.
"Wahai anak-anakku! Kamu telah memilih Islam dengan rela hati. Kemudian kamu berhijrah dengan sukarela pula. Demi Allah, yang tiada Tuhan selain Dia, sesungguhnya kamu sekalian adalah putera-putera daripada seorang lelaki dan seorang wanita. Aku tidak pernah mengkhianati ayahmu, aku tidak pernah memburuk-burukkan saudara-maramu, aku tidak pernah merendahkan keturunan kamu dan aku tidak pernah mengubah perhubungan kamu. Kamu telah tahu tentang pahala yang disediakan oleh Allah kepada kaum Muslimin dalam memerangi kaum kafir itu (akhirat) lebih baik daripada tempat yang binasa (dunia)."
Lalu Khansa' membacakan firman Allah dalam surah ali-'Imran ayat ke-200 yang bermaksud: " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung."
Khansa' menyambung : " Jika kalian bagun esok pagi, insya-Allah, dalam keadaan selamat, maka keluarlah untuk berperang dengan musuh-musuh kamu. Gunakanlah semua pengalamanmu dan mohonlah pertolongan daripada Allah. Jika kamu melihat api pertempuran semakin hebat dan kamu dikelilingi oleh api peperangan yang bergejolak, masuklah kamu ke dalamnya. Semoga kamu akan berjaya mendapatkan balasan di kampung yang abadi, dan tempat tinggal yang kekal."
Hari kedua pertempuran menjadi saksi keempat-empat anak muda ini mengejar syahid. Seorang demi seorang melaungkan syair jihad dan mengingati pesanan ibu mereka, sebelum mereka meluru ke medan pertempuran dan kem-kem musuh. Tercapai cita-cita setiap daripada mereka untuk mati syahid.
Apa reaksi Khansa' apabila mendengar berita tersebut? Jika dahulu kematian dua saudara yang sangat dicintainya, Muawiyah dan Sakhr diratapi sehingga bengkak-bengkak matanya, disertai dengan syair-syair meruntun jiwa, tetapi kini hanya sebaris tahmid dan doa mengiringi kesyahidan empat orang anaknya. " Segala puji bagi Allah yang memuliakanku dengan kematian mereka. Aku berharap kepada-Nya agar mengumpulkanku bersama mereka dalam naungan rahmat-Nya."
Isnin, 20 Mei 2013
Dosa
Taubat....
Wahai Tuhan jauh sudah
Lelah kaki melangkah
Aku hilang tanpa arah
Rindu hati sinarmu
Wahai Tuhan aku lemah
Hina berlumur noda
Hapuskanlah terangilah
Jiwa di hitam jalanku
Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau
Sang Maha Pengampun Dosa
Ya Rabbi izinkanlah
Aku kembali padaMu
Meski mungkin takkan sempurna
Aku sebagai hambaMu
Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau
Sang Maha Pengampun Dosa
Berikanlah aku kesempatan waktu
Aku ingin kembali
Kembali kepadaMu
Dan mungkin tak layak
Sujud padaMu
Dan sungguh tak layak aku
Dari Anas r.a, katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Telah berfirman Allah Ta'ala : Wahai anak Adam ! Setiap kali engkau berdoa berharap kepadaKu, Aku akan tetap mengampunimu atas segala dosa yang engkau lakukan, dan Aku tiada peduli. Wahai anak Adam ! Andaikata dosa-dosa kamu setinggi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampunimu.Wahai anak Adam ! Andaikata engkau datang padaku dengan dosamu sepenuh bumi ini, kemudian engkau menemuiKu, pada hal tiada engkau menyekutui akan Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.
Mari kita merenung sejenak bagaimana orang yang beriman faham tentang dosa. Dosa yang sedikit ibarat seperti gunung yang besar ingin menghempap. Berbanding orang yang tidak beriman, dosa besar ibarat seperti lalat yang hinggap di atas hidung, menghalaunya dan ia akan datang kembali. Kembali ke dalam diri kita, bagaimana kita meletakkan maksud dosa. Adakah halau sambil lewa atau benar-banar beriltizam untuk tidak mengulanginya. Astaghfirullah, kepada Allah kita akan kembali. Semoga Allah menerima setiap lafaz taubat yang kita lafazkan hari-hari kita berhadapan dgn pelbagai mehnah dan ujian, pada dua pertiga malam yang kita bangun mengharapkan rahmatNya yang luas.
Mudah untuk di ucap..perlu mujahadah yg tinggi menghadapinya.Detik-detik yang lalu..membuatkan diri termuhasabah...bagai terasa diri dihempap gunung, hati tesentap, terpaku,terkesima dipukul peringatan dariNya, Resah menyelinap jiwa..air mata bagai xmampu berhenti,terus dan terus mengalir.."Ya Allah!!" hati berbisik,bibir laju astagfirullah xxx...... bagai rase bru ditampar dan tersedar..bagaikan menggunung khilafku.....
Wahai Tuhan jauh sudah
Lelah kaki melangkah
Aku hilang tanpa arah
Rindu hati sinarmu
Wahai Tuhan aku lemah
Hina berlumur noda
Hapuskanlah terangilah
Jiwa di hitam jalanku
Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau
Sang Maha Pengampun Dosa
Ya Rabbi izinkanlah
Aku kembali padaMu
Meski mungkin takkan sempurna
Aku sebagai hambaMu
Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau
Sang Maha Pengampun Dosa
Berikanlah aku kesempatan waktu
Aku ingin kembali
Kembali kepadaMu
Dan mungkin tak layak
Sujud padaMu
Dan sungguh tak layak aku
Dari Anas r.a, katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Telah berfirman Allah Ta'ala : Wahai anak Adam ! Setiap kali engkau berdoa berharap kepadaKu, Aku akan tetap mengampunimu atas segala dosa yang engkau lakukan, dan Aku tiada peduli. Wahai anak Adam ! Andaikata dosa-dosa kamu setinggi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampunimu.Wahai anak Adam ! Andaikata engkau datang padaku dengan dosamu sepenuh bumi ini, kemudian engkau menemuiKu, pada hal tiada engkau menyekutui akan Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.
Mari kita merenung sejenak bagaimana orang yang beriman faham tentang dosa. Dosa yang sedikit ibarat seperti gunung yang besar ingin menghempap. Berbanding orang yang tidak beriman, dosa besar ibarat seperti lalat yang hinggap di atas hidung, menghalaunya dan ia akan datang kembali. Kembali ke dalam diri kita, bagaimana kita meletakkan maksud dosa. Adakah halau sambil lewa atau benar-banar beriltizam untuk tidak mengulanginya. Astaghfirullah, kepada Allah kita akan kembali. Semoga Allah menerima setiap lafaz taubat yang kita lafazkan hari-hari kita berhadapan dgn pelbagai mehnah dan ujian, pada dua pertiga malam yang kita bangun mengharapkan rahmatNya yang luas.
Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya orang mukmin apabila melakukan sesuatu dosa,
terbentuklah bintik hitam pada hatinya. Apabila dia bertaubat, kemudian
menghentikan dosa-dosanya dan beristighfar, maka bersihlah daripadanya
bintik hitam itu. Dan apabila dia terus melakukan dosa, bertambahlah
bintik hitam itu pada hatinya, sehingga tertutuplah seluruh hatinya,
itulah karat yang disebut Allah SWT di dalam kitabNya: Sesekali tidak,
sebenarnya apa yang mereka lakukan telah mengkaratkan(menutup) hati
mereka. Surah Al-Mutoffifin ayat 14.” (Hadith riwayat Al-Baihaqi)
Ya Allah, Engkaulah yang punya seluruh isi bumi termasuklah hati-hati kami. Kau suluhkan hati kami jalan kebenaran dengan hidayahMu Ya Rabbana.
Selasa, 7 Mei 2013
Kasih kerana DIA
Sungguh aku mencitaimu seperti aku mencintai nyawaku,
Sungguh aku menyayangimu kerna Dia menganugerahku,
Sungguh aku menyayangi ukhwah ini,
Sungguh harapku ada harapan bertemu di SyurgaNya,
Meski... itu tdk lyak..tp itu ku harap..harap,,dan sentiasa mengharap..
Selalu menyayangi ukhwh ini tidak kira aku masih bernafas atau pn tidak bernyawa lagi,
Andai itu terjadi, maafkanlah aku atas khilafku padamu
sungguh aku sgt lemah....
Himpunkanlah senda tawa, dalam ingatanmu,
Andainya rindu terpalit dhatimu, Doa sebagai penawarnya,
Ku pohon selalu ingatlah daku dalam sujudmu..
Selagi ia bererti buatmu....
Semoga Allah, Kekasih kita menjgamu di setiap langkahmu tika ketiadaanku....
Sayang benar akan ukhwah ini...
by : ADIK
Khamis, 7 Mac 2013
Pantun Nasihat
Allah ghayatuna...insyaAllah selamanya
Cantik sungguh si ikan laga,
Bersama anaknya sentiasa disisi,
Sekarang dah tiba bulan yang ketiga,
Sudah lama tidak terisi.
Bola yang datang melantun-lantun,
Terhenti pada pohon meranti,
Lama diniatkan hendak berpantun,
Tercapai jua hajat di hati.
Indah sungguh si bunga raya,
Bewarna warni menghiasi taman,
Pemikiran yang positif sangat berguna,
Buat bekal menelusuri jalan.
Pelbagai corak beraneka buku,
Banyak jua ilmu di dalamnya,
Jalan yang dilalui sememangnya berliku,
Sabar dan ilmu perlulah ada.
Bulan di langit kelihatan dekat,
Cahayanya memancar bentuknya bulat.
Dalam al Quran banyak tercatat,
Tentang sabar dan juga solat.
Berseri sungguh bunga seroja,
Dihujani selalu rahmat Yang Esa,
Ukhwah itu tinggi nilainya,
Jika ithar menjadi yang utama..
Menjulang ke langit tinggi berdiri,
Tempat teduhan melepaskan lelah,
Redha Allah yang sentiasa dicari,
Itulah tujuan hamba dan khalifah.
Hati tenang melangkah ke kelas,
Mengajar makna sebuah ihsan,
Berbuat baik tanpa dibalas,
Itulah harapan dipenuh keikhlasan.
Lenanya tidur sehingga berdengkur,
Diniharinya bangun tahajud dilaksana,
Jadikan kami hambaMu yang bersyukur,
Atas kurnianMu yang tidak terkira.
Kembang sudah seri pagi,
Mekar mewangi harum di taman,
Berakhir sudah pantun ini,
Sentiasalah kita sebarkan kebaikan.
Isnin, 28 Januari 2013
2013
Akar yang mencengkam ke bumi, hasilnya menjulang ke langit
Membuka lembaran 2013 dengan cerita sebatang pokok.;)
Assalamualaikum wbt
Sudah lama tidak terisi. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk melakarkan di sini hari ini. Kesyukuran yang tidak terkira hanya padaNya yang sentiasa ada dikala sedih dan gembira, dikala keseorangan mahupun ramai. Semoga Allah masih menuntuniku serta orang-orang di sekelilingku ke arah redhaNya dan kasih sayangNya. Amin.
Dalam melangkah perlukan kekuatan, dalam melangkah perlukan kefahaman, dalam melangkah, perlukan keyakinan agar setiap langkah yang dilalui itu punya perasaan kebahagiaan yang sukar diperolehi di mana-mana. agar setiap langkah yang dilalui itu punya sifat kerendahan hati yang amat diperlukan. Istiqamah bukan sesuatu yang mudah. Perlukan kefahaman dan juga dorongan. Dalam al Quran ada dinukilkan tentang istiqamah.
Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka
-wahai Muhammad - kepada berugama dengan betul), serta tetap teguhlah
engkau menjalankannya sebagai mana yang diperintahkan kepadamu, dan
janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sebaliknya
katakanlah: "Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan oleh Allah,
dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah jualah
Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu.
Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana
kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama
(pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk
dihakimi dan diberi balasan)". ( 42:15)
Tetap teguh (kekuatan di sini). Keteguhan yang dikehendaki ini akan diperoleh dari dalam iman yang berada di hati.Apabila kita makan buah durian yang enak dan lazat, erm, manisnya.. Dari mana kemanisan itu muncul? Dari rahmat Allah. Allah menurunkan air hujan kepada tumbuh tumbuhan dan dengan air hujan tersebut, pokok durian dapat hidup subur dan dapat menghasilkan buah yang lazat. Akarnya perlu mencengkam kuat ke bumi. Jika tidak mencengkam, pokok akan mati dan tidak tumbuh dengan baik. Akar yang mencengkam itulah yang akan dapat mengumpul air yang boleh pokok tersebut membesar dan teguh tumbuh.
Begitu jua juga dalam kehidupan manusia, perlu kuat dalaman...cengkam seperti akar dengan bumi. Umat Islam dengan agama Islam. Perlu gengam sebaiknya, agar redhaNya diperolehi.
Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka
-wahai Muhammad - kepada berugama dengan betul), serta tetap teguhlah
engkau menjalankannya sebagai mana yang diperintahkan kepadamu, dan
janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sebaliknya
katakanlah: "Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan oleh Allah,
dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah jualah
Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu.
Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana
kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama
(pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk
dihakimi dan diberi balasan)".(41:30)
Semoga diri ini dan diri kita semua masih berpegang dengan eratnya jalan yang lurus dan benar. Kami menyayangiMu Ya Rabbana. Tunjukilah kami jalan-jalan ke arah redhaMu.
Selasa, 27 November 2012
Muhasabah
Kesyukuran masih diberi izin oleh Allah untuk beramal. Semoga Allah menerima segala amal2 kita. Sayang Allah selama-lamanya.;)
Wahai akhwatfillah, kadang2 kita tidak sedar kita merungut malksanakan
sesuatu perkara…..
Wahai akhwafillah, kadang2 kita tidak sedar kita sering menyalahkan orang
lain dan menuding jari pada orang tentang kekurangan sesuatu perkara…
Sahabtku…dalam kita merungut, dalam kita menyalahkan orang lain,,,mari kita
sama-sama melihat kembali diri kita….adakah hari ni kita ada membaca al Quran,
baru selesai tadi kita membacanya Alhamdulillah. Adakah kita merasai sesuatu
dalam hati kita ketika kita membaca al Quran? Tanya balik dalam dri kita
"Di suatu malam Rasulullah berkata kepadaku, "Wahai Aisyah…,
biarkanlah aku beribadah kepada Robku mala mini" Aku berkata,
"Demi Allah, sungguh aku sangat suka berdekatan denganmu, (akan tetapi)
aku suka apa-apa yang membuatmu senang" Maka Nabipun berdiri dan bersuci
lalu beliau sholat. Maka beliau terus
menangis hingga tangisan
beliau membasahi pangkuan beliau (*tatkala duduk)…, kemudian beliau terus
menangis hingga membasahi janggut beliau.., kemudian beliau terus menangis hingga
membasahi lantai. Lalu datang Bilal mengumandangkan adzan
sholat subuh. Tatkala Bilal melihat Nabi menangis maka Bilalpun berkata,
"Wahai Rasulullah, kenapa engkau menangis?, padahal Allah telah mengampuni
dosa-dosamu yang telah lalu maupun yang akan datang?".
Nabi berkata,
«أَفَلَا أَكُونُ عَبْدًا شَكُورًا، لَقَدْ نَزَلَتْ عَلَيَّ اللَّيْلَةَ آيَةٌ، وَيْلٌ لِمَنْ قَرَأَهَا وَلَمْ يَتَفَكَّرْ فِيهَا
"Tidakkah aku tidak menjadi hamba yang bersyukur?, sungguh telah turun kepadaku malam ini sebuah ayat, celaka orang yang membacanya dan tidak merenungkannya"
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَاخْتِلافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآيَاتٍ لأولِي الألْبَابِ
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal…." (QS Ali Imron : 190 dst) (HR Ibnu Hibbaan dalam shahihnya no 620, dishahihkan oleh Al-Albani dalam As-Shahihah no 68 dan juga oleh Syu'aib Al-Arnauuth)
Lihatlah…bagaimana keadaan Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam tatkala berdiri di hadapan Allah dengan melantunkan ayat-ayat Al-Qur'an. Sebuah ayat membuat beliau menangis…menangis… dan menangis…. hingga tangisan beliau membasahi lantai…, beliau menangis hingga terbit fajar. Padahal beliau telah diampuni dosa-dosa beliau baik yang telah lalu maupun yang akan datang…bahkan telah dijamin masuk surga…akan tetapi demikianlah hati beliau bersama Al-Quran.
…bagaimana dengan kita wahai akhwat …yang tidak tahu apakah dosa-dosa kita yang bertumpuk-tumpuk diampuni atau tidak??
Mari kita sama-sama2 menghayati apa yang selalu kita panjatkan dalam surah
al fatihah…
Dalam sehari kita akan membaca surah al fatihah banyak kali akhwat, dalam
solat zohor,asar, maghrib, dan isyak. Kia selalu mengulang dan mengulang
permintaan kita kepada Allah. Betapa kerdilnya dan tiada apa-apanya kita wahai
akhwat. Dalam 5 solat sehari semalam. Setiap bangun berdirinya ruku’ dan sujud,
kita akan melafazkan surah al fatihah, setiap kali, nak membaca Al Quran, kita
akan menyebut surah ini. Jika dalam solat sehari semalam, 17 kali kita akan
sebut. Belum ditambah dengan solat2 sunat yang kita lakukan. Apa maksud yang
kita slalu meminta wahai akhwat?? Saya akan mengulangi 2 kali untuk sya dan
juga akhwat malam ini menghayati apa yan selalu kita ulng dan ulang meminta
pada Allah..mari sama2 akhwat kita dengarkan
Dengan menyebut nama Mu ya Allah
Yang Maha Pengasih, Penyayang
Segala puji bagi Mu ya Allah
Pemelihara seluruh alam raya
Engkaulah Maha Pengasih dan Penyayang
Yang menguasai Hari Pembalasan
Hanyalah kepada Mu kami menyembah
Dan pada Mu kami mohon pertolongan
Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang Kau beri nikmat
Bukan jalan mereka yang Kau murkai
Dan bukan pula jalan mereka yang sesat
Yang Maha Pengasih, Penyayang
Segala puji bagi Mu ya Allah
Pemelihara seluruh alam raya
Engkaulah Maha Pengasih dan Penyayang
Yang menguasai Hari Pembalasan
Hanyalah kepada Mu kami menyembah
Dan pada Mu kami mohon pertolongan
Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang Kau beri nikmat
Bukan jalan mereka yang Kau murkai
Dan bukan pula jalan mereka yang sesat
Ya Allah yang maha pemurah lagi penyayang
diulan 2 kali dalam setiap sekali bacaan. Tiada yang lebih penyayang
melainkan Allah. Yang berkuasa pada hari akhirat nanti, hanya kepada Allah kita
menyembah dan meminta pertolongan, hanya….Allah yang tahu isi hai kita, serapat
mana manusia dengan kita, mereka takkan pernah tahu keseluruhan dalam hati
kita, kita meminta tunjujkkan kami jalan yang lurus, jalan orang yang Kau beri
segala keikmatan, bukan jalan mereka yang sesat…
Wahai akhwat, semoga kita seniasa dapat muhasabah balik setiap apa yang kita
ucapkan, setiap apa yang kita lakukan dalam sehari, sebelum tidor, maafkan
kesalahan orang lain…dan doa meminta kesejahteraan dariNya. Semoga kita dalam
rahmat kasihNya.amin2 ya Rabbal alamin…
Langgan:
Catatan (Atom)

















